Sunday, July 13, 2025

Sambutan Hari Malaysia di Sabah signifikan dalam konteks sejarah itu sendiri – Dr Ronald

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Malaysia 2024 di mana Sabah menjadi tuan rumah bukan sahaja menandakan simbol kebersamaan, perpaduan, toleransi serta keharmonian seluruh rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama, tetapi amat signifikan dalam konteks sejarah itu sendiri.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, daripada perspektif Sabah, sudah pastinya sambutan ini juga menjadi detik mengingatkan tentang hak-hak Sabah yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dipersetujui bersama.

Katanya, Kerajaan Persekutuan melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2024 pada 12 September 2024 telah mengumumkan pemberian khas interim berjumlah RM600 juta kepada Sabah bermula tahun 2025.

“Rakyat Sabah sudah mengetahui bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kewajipan dalam Perkara 109 Perlembagaan Persekutuan untuk memberikan peruntukan kewangan kepada semua negeri dalam Persekutuan. Namun bagi Sabah terdapat peruntukan wajib tambahan 40 peratus iaitu di bawah Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan yang perlu diberikan.”

“Peruntukan ini adalah suatu peruntukan tetap yang dikira daripada jumlah cukai yang dikutip di Sabah yang kemudiannya diberikan kepada Persekutuan. Semakin besar kutipan cukai itu, maka semakin besar pemberian 40 peratus yang perlu diterima oleh Sabah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata, dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan perlu menjelaskan nilai sebenar cukai yang diterima dari Sabah bagi membolehkan pengiraan pemberian 40 peratus yang lebih telus dan tepat.

Katanya, ini kerana pemberian khas interim sebanyak RM600 juta mestilah berdasarkan nilai kutipan cukai yang telah dikenal pasti yang mana terdapat pendapat bahawa kutipan cukai Sabah kini sudah mencapai suatu nilai yang lebih besar daripada jangkaan sebenar.

“Oleh itu, tanpa mengetahui nilai sebenar kutipan cukai, maka pemberian khas interim RM600 juta ini boleh disifatkan hanyalah sebagai gula-gula politik daripada Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Sabah. Manis tetapi rasanya sekadar di hujung lidah, sedangkan kemanisan sebenar adalah pemberian yang tetap dan lebih besar,” katanya.

Beliau berkata, selanjutnya walaupun dialu-alukan, tindakan Kerajaan Persekutuan yang hanya menaikkan nilai pemberian interim khas daripada RM300 juta pada 2024 kepada RM600 juta pada 2025 tidak menyelesaikan perkara utama iaitu mengembalikan semula peruntukan wajib 40 peratus kepada Sabah di bawah Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah perlu mengakui bahawa bayaran interim ini tidak mencerminkan kedudukan pemberian tetap 40 peratus kepada Sabah.

“Selaras dengan Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan dan sempena hari Malaysia, bayaran interim khas perlu ditukar kepada bayaran tetap 40 peratus di bawah Perlembagaan,” jelasnya.

Dr Ronald berkata, Kerajaan Persekutuan kini sudah tidak boleh memberi alasan dan berdalih lagi daripada menghormati Perlembagaan Persekutuan dan melaksanakan peruntukan yang termaktub kepada rakyat Sabah.

Bagi rakyat Sabah, katanya, pemberian interim ini bukan penyelesaian malahan ia lebih bersifat tidak menghormati kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi dalam Persekutuan.

“Seharusnya keberadaan Sabah dalam Malaysia dihormati dan dilayan sebagai rakan kongsi yang setara dalam semua aspek termasuk dalam soal perolehan pembangunan,” tegasnya

Hot this week

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

Topics

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img