Saturday, July 19, 2025

Orang ramai dipelawa hadir meriahkan program ‘Sabah Kekal Bersih’ pada Sabtu 21 Sept

CYRON CHANG…membersihkan pantai bersempena dengan ‘World Cleanup Day’ dam ‘Coastal Cleanup 2024′.

KOTA KINABALU : – Orang ramai khususnya sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan kawasan sekitar dipelawa untuk hadir memeriahkan program ‘Sabah Kekal Bersih, Pelihara Alam, Ini Rumah Kita’ Sabtu 21 September.

Program anjuran RComm Lestari itu akan berlangsung di Teluk Likas berhampiran dengan Anjung Selera di sini.

Pengerusi Penganjur Cyron Chang berkata, program gotong-royong yang bermula seawal jam 7 pagi itu adalah bertujuan untuk membersihkan pantai bersempena dengan ‘World Cleanup Day’ dam ‘Coastal Cleanup 2024’.

“Dalam program ini, kita akan bekerjasama membersihkan pantai daripada plastik dan sampah yang merosakkan keindahan alam sekitar. Selain itu, semua plastik sampah yang dikumpulkan akan dijadikan sebagai bahan kitar semula.”

“Ini juga adalah sebagai usaha untuk menjaga alam sekitar dan menyokong usaha kerajaan negeri dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam menangani isu plastik.”

“Justeru, bagi pihak penganjur, kami mempelawa kepada semua masyarakat khususnya di Kota Kinabalu untuk sama-sama  menyertai kami dalam menjayakan program ini seterusnya menjadikan Sabah lebih bersih dan Lestari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Cyron berkata,, program tahunan yang dianjurkan pihaknya itu juga adalah bagi menyatakan sokongan serta usaha kerajaan negeri melalui kempen tiada plastic dengan menghasilkan eco beg galas.

Beliau turut berharap agar program ini akan dapat memberikan impak yang positif kepada masyarakat setempat selain menggalakkan orang ramai untuk menyokong usaha bagi menjaga alam sekitar.

Tambahnya lagi, untuk sebarang pertanyaan mengenai program itu, orang ramai boleh menghubungi talian 0149113384 untuk maklumat lebih lanjut.

Dalam pada itu, Cyron brkata, program itu juga merupakan perintis yang dilaksanakan dan akan turut disertai oleh pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kionsom, Inanam bagi melaksanakan projek upcycling iatu eco bricks.

Hot this week

Ulu Padas Hydroelectricproject proceeding smoothly

Nizam...Barring any unforseen circumstances, it will be completed as...

Kg Sinulihan-Dambai road needs upgrading – KDM

KOTA KINABALU : - The upgrading of the Kampung...

New home brings relief to OKU. couple in Kiulu

Joniston handing over SMJ house key to Hendary. Also...

Support for the proposed Chief Minister term limit reform in Sabah

Datuk James Ligunjang...The proposal to limit the Chief Minister’s...

KDM’s Voo ready to face Datuk Ruben in Kemabong

Willie presenting appointment letter as KDM coordinator for Kemabong...

Topics

Sampah di Jalan Sungai Batang tidak dikutip hampir satu bulan

SANDAKAN : - Penduduk di Jalan Sungai Batang ,...

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img