Monday, June 16, 2025

Ladang kelapa Tanah Rezab Padang Ragut 5 kampung di Tambunan

Dr Jeffrey…kampung terlibat Tondulu, Papar,  Noudu, Toboh dan Kuala Namadan yang mempunyai padang ragut seluas 23,490.56 ekar.

KOTA KINABALU : – Lima buah kampung di Daerah Tambunan terlibat dalam Pembangunan Ekonomi melalui Perladangan Kelapa di tanah rizab padang ragut.

Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Usahasama dan kerjasama antara Pemegang Amanah Padang Ragut, Korperasi Pembangunan Ekonomi Rakyat Tambunan Berhad (KOPPER), Penolong Pemungut Hasil Tanah dan Malaysian Kuwaiti Investment Co. telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Isnin.

Timbalan Ketua Menteri I Sabah merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan yang menjadi saksi majlis tersebut berkata ia adalah tanda komitmen untuk menjayakan perladangan kelapa di tanah rizab padang ragut di lima buah kampung di Tambunan iaitu Kampung Tondulu, Kampung Papar, Kampung Noudu, Kampung Toboh dan Kampung Kuala Namadan.

Menurutnya Tambunan mempunyai tanah rizab padang ragut seluas 23,490.56 ekar namun sebahagian besarnya terbiar, dan antara sebabnya ialah ternakan kerbau dan sapi telah berkurangan.

Jelasnya, melalui bimbingan dan kerjasama pelbagai pihak, mereka telah melalui beberapa proses untuk memastikan perladangan kelapa di kawasan padang ragut kampung mereka dapat dilaksanakan.

“Saya amat mengalu-alukan penampilan pelabur seperti MKIC, kerana sudi memberi peluang untuk meneroka prospek potensi perladangan kelapa di tanah rizab padang ragut di Tambunan.

“Penggunaan kawasan padang ragut terbiar ini boleh memberi manfaat kepada penduduk setempat bukan sahaja dari segi peluang pekerjaan, gaji bulanan dan pembahagian dividen, malah dari segi perkongsian kepakaran dan pengalaman. Kejayaan pelaksanaan inisiatif ini sudah tentu akan dijadikan contoh ke daerah-daerah lain,” katanya.

Sementara itu Mayor Dato’Sri Dr. Haji Sabin bin Samitha, bagi pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, turut menerima sumbangan 5000 anak benih kelapa dari Datuk Zurinah binti Pawanteh bagi pihak MKIC.

Beliau akhiri dengan berkata,” Terima kasih juga kepada Team Dataforce Tambunan dan Koperasi Pembangunan Ekonomi Rakyat Tambunan Berhad (KOPPER) yang mana pengerusinya ialah Encik Anthony Kiob, bersama Pengarah Operasi KOPPER Encik Mitchum Angelo dan ahli-ahlinya yang bekerja keras untuk memastikan projek ini diteruskan dan dijayakan dengan menyelaraskan penglibatan agensi kerajaan, pihak MKIC dan wakil-wakil kampung daripada kampung yang terlibat.”

Hot this week

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Topics

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img