Saturday, April 19, 2025

Helikopter Doktor Udara mendarat cemas di Buayan, Penampang

Tangkap layar menunjukkan helikopter yang melakukan pendaratan cemas dekat sungai terpencil di Kampung Buayan, Penampang. (Gambar Sabah Air)

KOTA KINABALU: Sebuah helikopter jenis Bell 206B Jet Ranger milik Layang Layang Aerospace Sdn Bhd yang dinaiki empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan pendaratan cemas di sebuah sungai terpencil di Kampung Buayan, Penampang, dekat sini, tengah hari Rabu.

Pengerusi Sabah Air, Kenny Chua, berkata kejadian berlaku kira-kira 12 tengah hari ketika pesawat itu dalam penerbangan rutin untuk Perkhidmatan Doktor Udara di kawasan terpencil di Sabah.

Menurut laporan Bernama Keempat-empat kakitangan KKM terbabit bersama juruterbang pesawat dilaporkan selamat berikutan tindakan segera juruterbang mendaratkan helikopter itu selepas mengesan isyarat amaran dalam sistem pesawat.

Selepas mendarat dengan selamat, juruterbang membuat panggilan kecemasan bagi memaklumkan situasi sebelum sebuah helikopter Sabah Air Aviation yang dalam misi perubatan ke Tawau menerima panggilan berkenaan, katanya ketika dihubungi pemberita.

Beliau berkata, juruterbang helikopter Sabah Air terbabit kemudian menghantar mesej ke ibu pejabat syarikat penerbangan itu di Tanjung Aru, sebelum sebuah helikopter lain bersama seorang jurutera dan dua juruteknik dihantar kira-kira 12.30 tengah hari.

Menurutnya, pasukan yang tiba di lokasi helikopter terkandas itu berjaya membaiki pesawat terbabit di Kampung Buayan, Penampang dan kedua-dua helikopter terbang semula ke Tanjung Aru bersama kakitangan KKM pada 2 petang tadi.

Tetapi, katanya, disebabkan ruang helikopter dan bawaan muatan terhad, jurutera dan dua juruteknik dihantar ke lokasi terpaksa ditinggalkan sementara di Kampung Buayan.

“Sabah Air dan Layang Layang Aerospace akan membuat penilaian situasi sebelum kembali mengambil jurutera dan juruteknik terbabit.

Disebabkan kawasan berhutan di Buayan, ia agak mencabar untuk menentukan lokasi tepat, terutama jika ada kabus dan berawan, tetapi kita akan bawa mereka balik sejurus situasi mengizinkan.

Hot this week

Healthy lifestyle campaign to encourage new behaviour among UMS students

UMS Faculty of Social Sciences and Humanities Dean Professor...

SAREC 2025 to unlock new opportunities in Sabah renewable energy sector

KOTA KINABALU (: Qhazanah Sabah Berhad (QSB), a wholly-owned...

Mostly it is loss which teaches us about the worth of things

By C C PungJustice of Peace I used to reminisce...

Solution-Oriented Political Coalition to Build Sabah

By Chan Loong WeiDAPSY Sabah Chief KOTA KINABALU : -...

Jurulatih legenda bolasepak Sabah Stanley Chew cadang formula penuhkan stadium

Penulis bersama Stanley Chew dalam "kupi-kupi" di Tuaran baru-baru...

Topics

Comprehensive master plan for Sabah’s tourism sector – Joniston

KOTA KINABALU : - The Sabah Tourism, Culture, and...

Congratulations to Dr Jeffrey for getting RM5 milion to organise Kaamatan Festival 2025

By Datuk Michael Malanjun I wish to congratulate Datuk Seri...

Sabah Govt initiates tourism development for Pulau Berhala

Joniston...development to focus on 168 hectares of coastal area. KOTA...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img