Tuesday, June 17, 2025

Serpihan Pesawat Perang Jepun Zero Fighter ini sepatutnya di Muzium

Bangkai kapal terbang ini dilihat dari belakang.

LAWAS : Sebuah pesawat Zero Fighter Jepun yang sepatutnya berada di Muzium untuk generasi masa depan mengetahui salah satu peninggalan perang 80 tahun lalu, semakin berkarat.

Bangkai pesawat itu kini di Kampung Pa Puti, Lawas,berhampiran sempadan Sabah-Sarawak.

Perjalanan daripada Sipitang ke Kampung Pangalih Lawas mengambil masa 40 minit termasuk pemeriksaan di pos kawalan imigresen di  Sindumin/Merapok.

Perjalanan kemudian diteruskan dari Kampung Pangalih menggunakan kenderaan pacuan empat roda  ke Kampung Pa Puti  melalui bekas jalan pembalakan  sejauh 26 kilometer  memakan masa 1 jam setengah kerana keadaan jalan yang teruk.

Mengikut cerita seorang penduduk Sinawat Tandem, 84, kapal itu mendarat pada tahun 1945 dalam keadaan terbakar dan ada kemungkinan kapal perang itu datang dari  Labuan atau Jesselton (kini Kota Kinabalu).

Kampung Pa Puti bermaksud Kampung Air Bersih  berusia lebih 80 tahun itu didiami oleh suku Lun Bawang dan mereka telah menetap di situ sejak  awal 1940an.

Bangkai kapal terbang perang berhampiran rumah Sinawat.

Menurut Sinawat kedua-dua pilot kapal itu  terselamat namun menyerah diri dan dibawa   ke Lawas.

Penduduk meletak tayar kereta dihujung sayap bagi megimbangi bangkai kapal itu.

“Selepas itu,  cerita lanjut tidak diketahui nasib mereka tidak diketahui.

“Bangkai kapal itu kemudiannya dipindahkan oleh masyarakat kampung itu  ke Lokasi sekarang ini.

Pada mulanya dijaga dengan baik, lama-kelamaan sesetengah bahagiannya telah telah ditanggalkan atau rosak.” Kata Sinawat.

Penduduk Kampung Pa Puti berharap pihak muzium Sarawak akan  bertindak untuk memelihara serpihan pesawat perang itu.

Peninggalan sejarah itu harus di lengkapi dengan pagar perlindungan dan berbumbung, kerana ia sudah pun menarik pengunjung yang berminat dengan cebisan sejarah perang Dunia II (WWII) ini.

Hot this week

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Topics

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img