Wednesday, June 18, 2025

Operasi bersepadu di Tawau: 18 PATI ditahan

TAWAU : – Seramai 18 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam satu operasi bersepadu yang dikoordinasikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di beberapa kawasan di daerah pada Khamis.

Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos berkata, semua PATI itu ditahan untuk siasatan lanjut atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, sebanyak 41 keping saman atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang turut serta dalam operasi ini.

” Selaras dengan kejayaan Operasi Bersepadu Tawau yang dilaksanakan semalam di sekitar kawasan Jeti Awam Tawau dan Kampung Kurnia Jaya Batu 4 Apas ini, ESSCOM ingin menzahirkan penghargaan kepada petugas seramai 151 orang terdiri daripada pegawai dan anggota dari pelbagai jabatan dan agensi yang terlibat.

“Objektif utama operasi bersepadu ini adalah demi menjamin keselamatan dan memelihara ketenteraman awam di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) selain bertujuan membanteras penyeludupan barang kawalan, bersubsidi, tidak bercukai serta mengekang penyusupan PATI,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Victor berkata, pihak berkuasa yang terlibat turut menguatkuasakan undang-undang terhadap kesalahan-kesalahan lain khususnya di kawasan pintu keluar masuk utama warga asing serta penduduk setempat yang menetap sekitar sempadan antara Malaysia dan Indonesia.

Katanya, pihaknya turut komited dalam mencapai misi tiada lagi pencerobohan kali kedua dan mengekalkan sifar penculikan (KFR) yang menjadi misi utama ESSCOM.

Menurutnya,ia adalah berdasarkan rekod tangkapan serta pemantauan pihak berkuasa mendapati PATI berpotensi dijadikan sebagai tali barut kepada elemen jenayah rentas sempadan di ESS Zone.

“Kejayaan operasi ini juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan melalui Operasi Sanggah ESSCOM bagi memperkasa operasi-operasi sedia ada di bawah jabatan dan agensi berkuasa Kerajaan Persekutuan dan Negeri menguatkuasakan undang-undang di ESS Zone.

“Ini juga selaras dengan hasrat ESSCOM iaitu ‘Tiada Hari Tanpa Operasi’ bagi memastikan ancaman pencerobohan asing dapat dikekang seterusnya menjamin keselamatan dan kesejahteraan awam di pantai Timur Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Victor berkata, ESSCOM akan terus memperhebatkan operasi bersepadu seumpama ini ke daerah-daerah ESS Zone bagi mengekang mana-mana elemen jenayah rentas sempadan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan kesejahteraan awam di pantai Timur Sabah.

“Sehubungan itu, masyarakat diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden keselamatan di ESS Zone ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau melalui aplikasi Whatsapp di talian 011-63311072,” katanya.

Hot this week

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Topics

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img