Saturday, July 12, 2025

Sabah tubuh Majlis Tindakan Iklim Sabah tangani isu perubahan iklim

Timbalan Menteri I/Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Datuk Kitingan menerima cenderamata daripada Ketua Setiausaha, Kementerian Ekonomi,  Dato’ Nor Azmie Diron pada Sesi Libat Urus Kementerian Ekonomi Malaysia Bersama Kerajaan Negeri Sabah Mengenai Pelaksanaan Inisiatif Pemerangkapan, Penggunaan Dan Penyimpanan Karbon (Carbon Capture, Utilisation And Storage-CCUS) di Malaysia di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Jumaat.

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah menubuhkan Majlis Tindakan lklim Sabah (SCAC) yang  bertindak dalam  menetapkan  hala tuju dan  menyelaras  projek-projek mitigasi dan adaptasi perubahan iklim di peringkat negeri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Katanya,  Sabah  telah  membuat  pindaan  ke  atas  Ordinan  Tanah  Sabah  Bab  68, dengan memasukkan peruntukan perundangan berkaitan penyimpanan karbon yang mula berkuat kuasa pada 19 Jun 2023.

“Selain itu, Sabah juga baru sahaja menyelesaikan kajian inventori Greenhouse Gas (GHG) Sabah dan penilaian kerentanan untuk pembangunan Dasar Perubahan lklim Sabah ke arah pembangunan rendah karbon Sabah” , katanya.

Beliau  berkata  demikian  pada  Sesi  Libat  Urus  Kementerian  Ekonomi  Malaysia Bersama  Kerajaan  Negeri  Sabah  Mengenai  Pelaksanaan  Inisiatif  Pemerangkapan, Penggunaan  Dan  Penyimpanan  Karbon  (Carbon  Capture,  Utilisation And  Storage- CCUS) di Malaysia di Bilik Mesyuarat Utama, Menara Kinabalu pada Jumaat.

Hajiji  d iwakili  oleh  Timbalan  Menteri  I/Menteri  Pertanian,  Perikanan  dan  Industri Makanan Negeri, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G Datuk Kitingan.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Haji Mohd. Arifin Datuk  Mohd. Arif, Setiausaha  Kerajaan  Negeri,  Datuk Seri  Panglima Sr Haji Safar Untong,  Ketua Setiausaha,  Kementerian  Ekonomi,  Dato’  Nor Azmie  Diron,  Peguam Besar Negeri, Datuk Datuk Brenndon Keith Soh dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Seri Haji Rosli Isa.

Katanya,   inisiatif   CCUS   juga   selaras   dengan   iltizam   Kerajaan   Negeri   dalam menangani  isu  perubahan iklim dan  merealisasikan agenda teknologi  hijau  negara, serta sumbangan wilayah Sabah kepada komitmen negara merealisasikan “ Nationally Determined Contributions (NDCs)”

Menurutnya, Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa Draf Rang Undang-Undang (RUU) CCUS sedang digubal diperingkat Kerajaan Persekutuan dan percaya semua pihak berkepentingan termasuklah kementerian persekutuan, pemain-pemain industri dan kerajaan negeri dilibatkan dalam menyediakan RUU yang komprehensif.

Beliau berkata, terdapat 9 mesej utama untuk diketengahkan dalam pelan komunikasi mengenai inisiatif CCUS d i Malaysia, merangkumi aspek manfaat ekonomi, perlindungan alam sekitar, kesiapsiagaan dan teknikal.

Hajiji  berkata,  inisiatif CCUS adalah selamat, diperlukan  untuk  membantu  Malaysia mencapai  Aspirasi  Bersih  Sifar  pada  tahun  2050.  CCUS  mengurangkan  impak perubahan  iklim,  pengurusan  risiko  CCUS  melalui  penggubalan  perundangan  dan peraturan yang komprehensif dan pengawalseliaan aktiviti yang berkesan.

“CCUS membantu Sektor Hard-To-Abate Tempatan bagi menangani Pelepasan Gas Karbon  Dioksida,  mengurangkan  kos  penyahkarbonan  bagi  Sektor  Hard-To-Abate Tempatan. 

Malaysia  berpotensi  menjadi  Hab  Serantau  CCUS  dan  ia  mendorong pertumbuhan CCUS meningkatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia” , katanya.

Hajiji berharap menerusi kerjasama daripada Kementerian Ekonomi untuk memastikan input  daripada  negeri  Sabah  diambil  kira  bagi  memastikan  Sabah  tidak  tertinggal dalam inisiatif CCUS.

Katanya, Kerajaan Negeri melalui kementerian, jabatan dan agensi negeri Sabah yang berkaitan   akan   memberikan   kerjasama   sepenuhnya   memberikan   input   yang diperlukan dalam pelaksanaan inisiatif CCUS.

Hot this week

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

Topics

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img