Sunday, July 13, 2025

Kerajaan negeri hargai sokongan berterusan persatuan & dewan perniagaan Tionghua – Hajiji

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri amat menghargai sokongan berterusan daripada semua persatuan dan dewan perniagaan masyarakat Tionghua di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, dengan sokongan padu yang berterusan daripada semua pihak termasuk dewan-dewan perniagaan, kerajaan negeri kini berada di landasan yang betul dalam membawa pembangunan di bawah Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kesediaan masyarakat Tionghua termasuk Gabungan Dewan Perniagaan Tionghua Sabah (SUCCC) yang terus berdiri bersama-sama kerajaan bagi membantu dalam setiap sektor pembangunan di negeri ini amat kita hargai”, katanya pada Majlis Angkat Sumpah Jawatankuasa SUCCC bagi tempoh 2024-2027 di Dewan Hakka Sabah pada Isnin.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri, Datuk Phoong Jin Zhe.

Katanya, Sabah telah menjadi tumpuan sebilangan pelabur dengan membawa nilai pelaburan mencecah RM12 bilion sejak dua tahun lalu, dan rekod pendapatan Sabah sebanyak RM7 bilion pada tahun lalu menjadikan Sabah antara enam negeri penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia Tahun 2023.
Malah katanya, banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan kepada belia Sabah hasil kemasukan pelabur domestik dan asing, sehingga Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) penuh.

Beliau berkata, kerajaan negeri kini sudah mengenalpasti taman perindustrian baharu bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian di negeri ini, iaitu di Kudat.

“Pembukaan lebih banyak taman perindustrian sudah pasti nilai pelaburan dijangka terus meningkat pada tahun mendatang kerana banyak lagi pelabur tempatan dan asing menunjukkan minat untuk melabur di Sabah.”

“Justeru, saya mahu masyarakat Tionghua di negeri ini terus bersama-sama kerajaan memajukan negeri ini, kerana ramai dikalangan mereka terbukti pandai dan pintar dalam urusan perniagaan”, katanya.

Hajiji berkata, kerajaan juga akan terus mempertingkatkan peluang pelaburan yang boleh memanfaatkan pelbagai sektor pembangunan di Sabah.

“Di sinilah peranan daripada masyarakat Tionghua untuk turut sama mengambil peluang dalam sektor pembangunan di negeri ini”, tegasnya.

Beliau berharap SUCCC terus menyokong dan bekerjasama sepenuhnya dengan kerajaan untuk memastikan kejayaan pelaksanaan hala tuju SMJ demi kemajuan dan kemakmuran kepada keseluruhan lapisan rakyat Sabah.

Menurutnya, SUCCC memainkan peranan penting sebagai penghubung antara kerajaan dan komuniti perniagaan, menyebarkan polisi dan maklumat yang berkaitan dengan perdagangan dan industri disamping menyampaikan suara rakyat kepada kerajaan.

Beliau optimis SUCCC yang mempunyai 25 ahli Dewan Perniagaan Cina di seluruh Sabah dan Labuan akan menjadi sumber yang sungguh bermakna kepada kerajaan untuk mengeratkan lagi perhubungan rapat dengan komuniti perniagaan Cina di Sabah.

Hajiji percaya SUCCCdibawah pimpinan Datuk Michael Lui sebagai presiden akan terus memberi pendapat, pandangan dan cadangan daripada komuniti perniagaan Cina Sabah mengenai isu pembangunan sosio-ekonomi tempatan, selain bagaimana meningkatkan persefahaman dan kerjasama dengan kerajaan, untuk membangunkan ekonomi Sabah serta mengukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum di negeri ini

Hot this week

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

Topics

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img