Sunday, July 13, 2025

Hajiji: Umat Islam perlu contohi peribadi dan keterampilan Nabi Muhammad SAW

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor tiba di Program Sabah Berselawat 2024 di Dewan Saadah Wisma MUIS pada Khamis.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengajak masyarakat Islam  agar  sentiasa  menjadikan   peribadi  dan   keterampilan   Nabi Muhammad SAW sebagai contoh dalam diri masing-masing.

Katanya,  melalui  keperibadiannya  yang  luar  biasa  mulia  dan  disanjung  itu,  Nabi Muhammad SAW berjaya menyatukan kaum muhajirin dan ansar selepas berlakunya peristiwa Hijrah pada 622 masihi di Madinah.

Beliau berkata, penyatuan ini bukan sahaja membina hubungan baik antara manusia dengan Allah SWT, juga perubahan dan era baharu konsep persaudaraan dengan membangunkan   model   komuniti   bertunjangkan   Islam   dalam   menyatupadukan penduduk Madinah yang berbilang kaum dan agama.

“Justeru, konsep perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan agama yang diperkenalkan oleh Rasullulah amat penting diteruskan, ke arah memastikan lebih banyak kejayaan dan pembangunan dapat dinikmati di negeri ini.”

“Melalui berselawat, diharapkan kita sentiasa memperingati sekaligus menjadi umat Islam yang mahukan kejayaan dunia dan akhirat”, katanya ketika merasmikan Program Sabah Berselawat 2024 di Dewan Sa’adah Wisma MUIS pada Khamis.

Hajiji berkata, menjadi tanggungjawab umat  Islam mengangkat dan mengagungkan kerasulan Nabi Muhammad SAW   sebagai Nabi akhir zaman,   mengasihi   dan mencintainya sepanjang  hayat serta  mendekati-Nya dengan  berselawat  kepadanya setiap masa dan ketika.

“Meskipun tidak berkesempatan bertemu dengan Rasulullah S.A.W, namun kita masih berpeluang untuk mendalami dan mengamalkan sunnah dan sirah Baginda.

Hal ini merupakan antara bukti kecintaan kita kepada Baginda, satu-satunya Nabi dan Rasul yang berupaya memberikan syafaat kepada seluruh umatnya di hari kemudian nanti.

“Berselawat ke atas Rasulullah S.A.W sebenarnya dapat mendidik diri, hati, jiwa dan akal  kita  untuk  menjadi  umat yang sentiasa  bersyukur di atas segala  nikmat yang dikurniakan”, tegas beliau.

Katanya, Program Sabah Selawat anjuran Stesen Radio SABAHfm merupakan antara program  tonggak  RTM  Sabah  yang  bertujuan  mengimarahkan  sambutan  Maulidur Rasul dalam kalangan umat Islam di negeri ini khususnya di Kota Kinabalu.

Menurutnya,  program  itu  merupakan  kali  kedua  dianjurkan juga  menjadi  medium mendekatkan   golongan   belia   dengan   program-program   keagamaan   yang   turut menampilkan penceramah terkenal dalam dan luar negara.

Hot this week

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

Topics

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img