Sunday, June 1, 2025

KKM tingkat pengambilan 2,000 pelatih Jururawat setahun

KOTA KINABALU : – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited untuk meningkatkan pengambilan pelatih jururawat daripada 1,000 kepada 2,000 orang setiap tahun. 

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, jumlah tersebut adalah usaha memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat.

“Pada tahun 2024, permohonan untuk menyertai Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) melonjak tiga kali ganda kepada 3.4 juta permohonan dengan 32 peratus daripadanya datang daripada anak-anak Sabah. 

“Ini jelas menunjukkan peningkatan ketara minat belia Sabah terhadap kerjaya dalam bidang kesihatan.  KKM menyifatkan pencapaian ini sebagai satu lonjakan besar yang membuktikan anak-anak Sabah berada di barisan hadapan dalam menyokong sistem kesihatan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyempurnaan Istiadat Konvokesyen ILKKM Tahun 2024 Zon Sabah di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Gaya di sini, pada Sabtu.

Lukanisman berkata, selaras dengan itu, KKM komited untuk mengubah statistik ini dengan menarik lebih ramai anak Sabah untuk menyertai bidang kesihatan melalui pelbagai program dan inisiatif.

Katanya, dalam satu pencapaian membanggakan, graduan ILKKM baru-baru ini telah mengharumkan nama negara apabila pasukan Pembantu Perubatan Malaysia dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan ‘Emergency Medical Services’ peringkat Asia yang berlangsung di Manila, Filipina pada 28 April lalu. 

“Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan kualiti latihan yang diterima di ILKKM, tetapi juga kemampuan graduan untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Mengorak langkah lebih jauh, KKM berazam untuk menjadikan ILKKM sebagai Pusat Kecemerlangan dalam bidang kesihatan. 

“Dengan penekanan kepada pembangunan modal insan dan kerjasama strategik bersama pelbagai agensi, KKM bertekad untuk melahirkan graduan yang mampu memacu perubahan dalam sistem kesihatan negara,” katanya.

Seramai 699 graduan dari ILKKM Zon Sabah dari pelbagai program semalam menerima skrol penganugerahan masing-masing.

Istiadat tersebut merupakan salah satu daripada siri konvokesyen besar-besaran yang melibatkan 5,253 graduan dari seluruh negara, menjadikannya antara konvokesyen terbesar dalam sejarah KKM.

Hot this week

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Topics

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Pak Mus’ good pisang goreng comes from making it with love

By C C PungJustice of Peace Had ikan bakar, soto...

Corruption not tackled through perception, slander or insults – Anwar

Anwar arriving at Hongkod Koisaan to officiate the Sabah...

Stella Marris Kindergarten Kaamatan Celebrations

Sr Lucy (middle) with TSM teachers and pupils who...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img