Sunday, June 1, 2025

Mohd Pkhruddin, Presiden Persatuan Alumni KTYS terima Darjah Kebesaran P.G.D.K

Datuk Mohd Pkharuddin Bian menerima anugerah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu hari ini.

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Alumni Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) Datuk Mohd Pkhruddin Bian dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) pada Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Sabah oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, hari ini.

Mohd Pkhruddin, 47, antara 87 orang dianugerahkan P.G.D.K sempena sambutan Harijadi Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 5 Oktober lepas.

Beliau menjawat Presiden Alumni KTYS sejak 2016 selepas persatuan itu didaftarkan secara rasmi dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan sebelum itu merupakan Ahli Jawatankuasa penaja persatuan itu pada 2014.

Dibawah pimpinan beliau, Persatuan Alumni KTYS telah menjalankan beberapa program kebajikan dan rekreasi khususnya membantu golongan yang memerlukan termasuk bekas pelajar kolej itu serta bersama Ahli Majlis Tertinggi menyertai beberapa program yang dilaksanakan oleh Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) membabitkan alumni.

Mohd Pkhruddin merupakan bekas pelajar Kolej Yayasan Sabah kini KTYS jurusan Diploma Teknologi Binaan Bangunan (1996-1998) dan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di salah sebuah universiti swasta (2002-2006).

Beliau yang juga Pengarah Kumpulan PKH Group merupakan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Belud, Perwakilan PPK Kota Belud untuk Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah dan Perwakilan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah untuk Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Mohd Pkhruddin juga pernah menjawat Ahli Lembaga Pengarah di beberapa anak syarikat Qhazanah Sabah Berhad.

Pada 2016, beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Bintang Setia Kinabalu.

Pada Oktober  tahun lepas, beliau telah menerima Anugerah Ikonik Tahun 2023 pada Istiadat Konvoksyen KTYS Ke-26 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.

Hot this week

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Topics

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Pak Mus’ good pisang goreng comes from making it with love

By C C PungJustice of Peace Had ikan bakar, soto...

Corruption not tackled through perception, slander or insults – Anwar

Anwar arriving at Hongkod Koisaan to officiate the Sabah...

Stella Marris Kindergarten Kaamatan Celebrations

Sr Lucy (middle) with TSM teachers and pupils who...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img