Saturday, July 12, 2025

Penjaja Pasar Sementara Tanah Merah Tidak Akan Dihalau: George Hiew

KARAMUNTING : – Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, menegaskan bahawa penjaja di Pasar Sementara Tanah Merah tidak akan dihalau dari tapak perniagaan sementara mereka.

Katanya khabar mendakwa penjaja akan dipindahkan adalah hanya khabar angin yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam lawatannya ke pasar tersebut Ahad lepas, George bertemu dengan para penjaja, berbual mesra dan meninjau keadaan mereka.

Beliau mengambil peluang untuk memberi taklimat ringkas bagi menjelaskan situasi sebenar selepas menerima maklumat bahawa terdapat penyebaran berita palsu mengenai pemindahan penjaja dari tapak tersebut.

“Pasar ini kini dalam proses baikpulih, dan saya ingin memberi jaminan bahawa para penjaja dibenarkan untuk terus berniaga di sini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Joachim Gunsalam, sebelum ini telah memberi jaminan bahawa penjaja tidak akan dihalau dari lokasi tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, George juga memaklumkan bahawa peruntukan untuk memperbaiki Pasar Karamunting telah diluluskan, dan jika semuanya berjalan lancar, pasar tersebut dijangka dapat digunakan semula pada awal tahun depan.

“Walaubagaimanapun, saya ingin mengingatkan konsesi yang menjalankan kerja pembaikpulihan ini untuk melaksanakan tugas dengan baik dan teliti.”

“Saya juga akan memantau perkembangan projek baikpulih Pasar Karamunting ini dari masa ke semasa,” tambahnya.

Semasa tinjauannya, George turut dimaklumkan bahawa beberapa kanopi di pasar sementara tersebut sudah usang, dan beliau berjanji akan mencari jalan untuk membantu penjaja menggantikan kanopi tersebut dengan yang baharu.

Beliau turut menasihatkan masyarakat agar merujuk kepada sumber sahih dan tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin yang tidak berasas.

“Saya menyeru semua pihak untuk sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa bagi mendapatkan maklumat yang tepat.”

“Kepada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu dan menakutkan penjaja, berhenti berbuat demikian serta-merta kerana penjaja di sini sudah melalui tempoh yang amat sukar akibat masalah kerosakan di Pasar Karamunting,” tegasnya.

Penjaja yang ditemui berasa lega dengan penjelasan yang diberikan dan menyambut baik usaha ADUN Karamunting dalam memastikan kebajikan mereka terus terpelihara.

Lawatan George ini adalah sebahagian daripada komitmen beliau untuk terus mendekati masyarakat dan memastikan kesejahteraan penduduk di kawasan Karamunting terjamin.

Hot this week

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

Topics

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img