Saturday, July 12, 2025

Qhazanah Sabah Bhd guna sistem digital dalam urusan perniagaan

Dr Yusof menyerahkan sijil penyertaan kepada Timbalan CEO Common Tower Technologies Sdn Bhd, Law Chun Ming

KOTA KINABALU: Qhazanah Sabah Berhad (QSB) menumpukan kepada penggunaan sistem digital dalam urusan perniagaan syarikat sejajar dengan perubahan yang dibuat bagi mengukuhkan operasi syarikat.

Pengerusinya Datuk Dr Yusof Yacob berkata, Qhazanah telahpun membuat perubahan dengan apa-apa cadangan perniagaan kini dibuat secara sistem digital sehinggalah ke proses kelulusan di peringkat pengurusan tertinggi syarikat itu.

“Dan penting untuk semua kakitangan Qhazanah mempunyai pengetahuan mengenai penggunaan komputer dan sistem digital..ini saya tekankan.

“Justeru itu, kita akan sentiasa adakan kursus yang bersangkut paut dengan perubahan di dunia dan mestilah kita amalkan demi kebaikan syarikat.

“Kita tidak boleh bergantung dengan cara lama dan saya tekankan bahawa kita mesti boleh berubah, adaptasi keadaan baharu agar Qhazanah mampu bertahan dengan keadaan baharu,” katanya ketika menutup Minggu Inovasi QSB di sini, kelmarin.

Minggu Inovasi QSB dilaksanakan selama lima hari berakhir semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QSB Rudy Jaglul, Ketua Pegawai Strategik dan Pelaburan QSB Muhamis Marsadek dan beberapa Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat.

Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin berkata, semua warga Qhazanah perlu menyesuaikan diri untuk keperluan dalam semua urusan syarikat itu dengan matlamat keseluruhan untuk memperbaiki perniagaan Qhazanah.

Hot this week

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Topics

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Hajiji will dreams about the best date to dissolve the State Assembly

Hajiji speaking to the media at the State Assembly...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img