Sunday, June 15, 2025

Bajet 2025: Kenapa tiada peruntukan untuk sawah Sabah?

Dr Julia  Ongkili… peruntukan dana besar untuk pembangunan, namun ia masih jauh daripada apa yang sepatutnya Sabah terima.

KOTA KINABALU : – Parti Sedar Rakyat, Cawangan Sabah
berterima kasih kerana Bajet 2025 memperuntuk dana pembangunan yang  besar kepada Sabah iaitu RM6.7 bilion.

Dr Julia Emelda Ongkili, Timbalan Pengerusi Majlis Kerja Negeri parti itu, berkata namun ia masih jauh daripada apa yang sepatut terima.

“Sabah terus ketinggalan, diburukkan lagi dengan kekurangan inisiatif dan idea dalam kerajaan Sabah, berbanding Sarawak, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, yang sangat jelas dan mengejutkan ialah Bajet ini tidak memperuntuk wang untuk membangunkan pengeluaran padi di Sabah berbanding RM1 bilion disediakan untuk Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah.

Setiap tahun sawah padi di Semenanjung khususnya di Kedah dan Selangor menerima bilion ringgit sejak berpuluh tahun ‘ kenapa Sabah tiada?’

Sabah terus mengimport 75% keperluan berasnya dan hanya 25% ditampung sawah tempatan, berbanding Semenanjung mengimport hanya 20% beras kerana 80% sudah dapat ditampung keluaran tempatan.

Peruntukan RM65 juta kepada FELCRA, sebuah agensi Pusat, kononnya untuk meluaskan sawah padi atas tanahnya di Sabah  dan Sarawak juga menimbulkan tanda tanya Dr Julia.

“Adakah perundingan Menteri Pertanian Federal dengan kerajaan Sabah menemui jalan buntu kerana kerajaan pusat bertegas mahukan kawasan tanah yang luas diserah kepada agensi Pusat sebagai syarat diberi dana?”, katanya.

Premier Sarawak dilaporkan turut kecewa tidak mendapat dana yang dimintanya untuk membangun lebih luas sawah.

Namun kerajaan beliau akan menggunakan wang negeri RM500 juta untuk tujuan itu.

“Bagaimana dengan Sabah? Apa langkah kerajaan Sabah meningkatkan pengeluaran padinya khususnya di Kota Belud, Tuaran, Papar, Keningau dan kawasan berpotensi lain,” kata Dr Julia.

Hot this week

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Topics

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...

Rasuah Adun Sabah: ‘Sekurang-kurangnya seorang atau dua individu akan dituduh’

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img