Saturday, June 21, 2025

Segerakan pembinaan jalan dua hala Batu 16 – 32 di Sandakan: Vivian

Alexander Nanta Linggi dan Vivian Wong di Parlimen.

SANDAKAN – Ahli Parlimen DAP Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, menyeru kerajaan persekutuan agar segera melaksanakan pembinaan jalan dua hala dari Batu 16 hingga Batu 32 di Sandakan. 

Beliau yakin kerajaan persekutuan dan Kementerian Kerja Raya (KKR) memahami sepenuhnya keperluan projek ini bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang semakin mendesak di kawasan laluan utama untuk keluar dan masuk ke Sandakan.

Beliau membuat kenyataan ini selepas mengajukan soalan tambahan kepada Menteri KKR, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengenai isu tersebut semasa sesi soal jawab menteri pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Sidang Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur.

Dalam sesi soalan sama, Vivian juga meminta kementerian menyatakan data berkaitan jumlah purata kenderaan yang menggunakan jalan tersebut mengikut pecahan kenderaan berat dan kecil. 

Jelasnya, jalan ini sangat penting untuk dinaiktaraf dengan segera kepada dua lorong kerana selain kenderaan kecil, ia juga digunakan oleh kenderaan pengangkutan dan logistik yang berat di laluan sehala yang sama dari Batu 16 hingga Batu 32 setiap hari.  

Menerusi jawapan Menteri kepada Vivian, Alexander memberitahu bahawa kementeriannya telah memasukkan fasa pertama hingga fasa ketiga projek Libaran Bypass Batu 16 hingga Batu 32 Sandakan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, di bawah pelan pusingan kelima dimana projek ini kini sedang dalam proses kelulusan agensi pusat.

Manakala menurut data lalulintas, jelasnya, tahap perkhidmatan jalan tersebut berada pada tahap *F*, yang menunjukkan tahap kesesakan yang teruk, dengan kira-kira 18,851 kenderaan menggunakan laluan itu dalam tempoh 16 jam setiap hari.

Bilangan tersebut terbahagi kepada 57.5 peratus (%) kereta dan teksi dengan jumlah 10,847 manakala 27.7% van dan kenderaan utiliti dengan jumlah 5,225 sementara 5.8% lori sederhana berat dengan jumlah1,093 

Manakala 5.2% lori berat dengan jumlah 975 dan 0.3% bas dengan jumlah 55 serta dan 3.5% motorsikal dengan jumlah 656 setiap hari.

Sementara itu, Vivian juga bertanya perkembangan penyelenggaraan jalan-jalan di kawasan luar bandar Sandakan serta isu penyelenggaraan lampu jalan.

Menteri menjawab bahawa Kementerian Kewangan telah memperuntukkan sebanyak RM221 juta tahun ini untuk menyelesaikan masalah penyelenggaraan jalan Persekutuan yang tertangguh (backlog) di Sabah, termasuk RM44.6 juta untuk 24 projek pembaikan jalan Persekutuan di Sandakan.

Manakala RM300,000 juga telah diperuntukkan pada tahun 2023 untuk kerja-kerja pembaikan lampu jalan dan jumlah ini telah dinaikkan kepada RM1.6 juta pada tahun 2024. 

Bagi permohonan pula, jelasnya, sebanyak RM9.6 juta dipohon Jabatan Kerja Raya Sabah untuk penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat dimana kementerian akan memperuntukkan dana secara berperingkat untuk kerja-kerja pembaikan tersebut.

Hot this week

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Topics

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img