Hajiji iringi TYT ke mesyuarat Majlis Raja Raja ke – 267

288

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sempena Mesyuarat Majlis Raja- Raja Yang Ke-267 di Istana Negara, pada Rabu.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang bermula hari ini hingga Khamis.

Pada Selasa Hajij i telah menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-144 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Perdana Putra di Putrajaya.

Previous articleProgram kurangkan pesakit Talasemia
Next articleSeminar on Action Research for Form Six Teachers in Sandakan District