Tuesday, March 18, 2025

Program Literasi  BSN  didik pengurusan kewangan peribadi, keluarga di luar bandar

Khairul Hazwani menyampaikan cenderahati kepada Dr Yusof

SIPITANG : Pelaksanaan program literasi kewangan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) menerusi Bank Bergerak dapat membantu usaha kerajaan memberi pendidikan pengurusan kewangan peribadi dan keluarga di kawasan luar bandar.

Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad Datuk Dr Yusof Yacob yang mengalu-alukan pelaksanaan program itu berkata, ini merupakan program yang sesuai dengan keperluan semasa dalam pengurusan kewangan untuk masyarakat memahami literasi kewangan.

“Saya mengalu-alukan acara seperti ini di kawasan luar bandar dan sepatutnya inilah kita buat dari dahulu kerana keadaan semakin hari semakin mencabar.”

“Literasi kewangan ini sangat penting untuk apa-apa tujuan termasuk perniagaan, pengurusan keluarga dengan masalah bebanan kewangan itu dapat diatasi atau dihindarkan daripada menjadi semakin teruk,” katanya ketika merasmikan Program Bulan Literasi Kewangan Inisiatif Bank Bergerak BSN Sabah di R & R Sindumin dekat sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah BSN Negeri Sabah Khairul Hazwani Nordin dan Ketua Pegawai Operasi Sekretariat Sabah Maju Jaya Ramlee Kariah.

Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin berharap dengan ceramah, penerangan dan cara-cara mengurus kewangan peribadi dan keluarga akan memberi kesejahteraan kepada rakyat khususnya di kawasan yang dilawati.

Katanya, penglibatan anak-anak sekolah dari peringkat sekolah rendah dan menengah dapat memberi perkongsian berguna kepada mereka mengenai literasi kewangan yang baik.

Pada masa sama, beliau menggalakkan masyarakat Sipitang membuka akaun di BSN kerana bank ini mempunyai perkhidmatan yang luas dengan cawangannya ada di semua daerah di negeri ini.

Hot this week

30 Mac Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman

30 Mac diwartakan sebagai hari kelepasan am Sabah KOTA KINABALU ...

AI-enable robotic nurses in China

- By C C PungJustice of Peace Latest! AI-enabled robotic nurses...

Maintenance works in progress

Dear readers, The portal layout s currently under maintenance.

Sabah to get special consideration in citizenship amendments, says Dr Jeffrey Kitingan

KOTA KINABALU : — Special consideration will be given...

Kiulu launches rural tourism data pilot project 

Joniston together with Kiulu tourism players at the launching...

Topics

30 Mac Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman

30 Mac diwartakan sebagai hari kelepasan am Sabah KOTA KINABALU ...

AI-enable robotic nurses in China

- By C C PungJustice of Peace Latest! AI-enabled robotic nurses...

Maintenance works in progress

Dear readers, The portal layout s currently under maintenance.

Sabah to get special consideration in citizenship amendments, says Dr Jeffrey Kitingan

KOTA KINABALU : — Special consideration will be given...

Kiulu launches rural tourism data pilot project 

Joniston together with Kiulu tourism players at the launching...

Support PBS-STAR merger to strengthen political stability – Kalakau Untol

Kalakau...Now is the time to realise it. By Allan G...

KDM aims to establish Mini Sports Museum in Kiulu

Henry Saimpon…if we are in the government after PRN17 TUARAN:...

Discovering Heritage trees along Sandakan Heritage Trial

Dr Arthur, Lai, Wilson, Dr Joan and Lily. SANDAKAN :...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img