12 peserta berentap pada final ‘Lego’on Ti’ lagu Bajau Sama, malam esok

Datuk Ir Abdul Aziz mempengerusikan mesyuarat penganjuran pertandingan  Lego’on Ti Pendayag Atai (Melodi Kita Penghibur Hati) anjuran USBO Peringkat Sepanggar di Kampung Rampayan, Menggatal.

Oleh Neorri Media

SEPANGGAR: Seramai 12 peserta berentap di pentas final pertandingan lagu Bajau Sama dikenali Lego’on Ti Pendayag Atai (Melodi Kita Penghibur Hati) anjuran Persatuan Bumis Bersatu Sabah (USBO) Peringkat Sepanggar di Kampung Rampayan, Menggatal, di sini malam esok.

Menariknya, dua peserta dari etnik Kadazandusun turut mewarnai pentas akhir acara yang julung kali diadakan yang membuktikan keharmonian kaum kekal utuh di Parlimen Sepanggar sejak sekian lama.

Amleh S  (Kg Karambunai)

Nur Amerah Izaty Abdul Rahman (Pekan Telipok)

Ryzan Riz @ Alip (KKIP Sepanggar )
dari etnik Kadazandusun.

Pengerusi Penganjur, Datuk Ir Abdul Aziz  Julkarnain, berkata finalis meliputi masing-masing enam peserta lelaki dan perempuan berusia 16 tahun ke atas yang diiringi kugiran The Final Touch.

Beliau yang juga Timbalan Presiden USBO, berkata, acara bermula jam 7 malam dijangka dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Yakub Khan.

Presiden USBO yang juga ADUN Usukan, Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Said juga dijangka menghadiri program itu.

“Pada sebelah siang (Ahad) kita turut mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma untuk penduduk sekitar Parlimen Sepanggar dalam kalangan kumpulan B40.

“Saya harap penduduk setempat tidak melepaskan peluang menghadiri program bermanfaat ini, berhibur sambil melahirkan komuniti yang cakna kesihatan dan menjiwai keharmonian kaum,” katanya.

Ir Abdul Aziz  berkata, tema pertandingan iaitu “Mangan nia’ mangan asal kurung-kurung”  pernah diungkapkan pada persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) oleh Ketua Delegasi Malaysia di ‘11th Session of the Expert Mechanism On the Rights of Indigenous People’ di Geneva, Switzerland pada 11 Julai  2017.

“Tahniah kepada Datuk Hajah Zaleha Rose Datuk Haji Pandin yang ketika itu Peguam Besar Negeri Sabah kerana Mengantarabangsakan bahasa Bajau Sama sehingga ke pentas persidangan bertaraf dunia di PBB,” katanya.

Sementara itu, ketua kugiran, The Final Touch, Md Roslan Md Lalin, bekata mereka sudah bersedia memberikan persembahan terbaik pada pentas final ‘Lego’on Ti’.

Hot this week

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Topics

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img