Sunday, June 15, 2025

Amlie, Nuramerah juara Lego’on Ti Lagu Bajau Sama

Oleh Neorri Media

SEPANGGAR: Lagu Mekar Sumping Ngintomku dan Rengin membawa tuah kepada Amlie Salleh dan Nuramerah Izaty Abdul Rahman.

Mereka masing-masing dinobatkan juara kategori lelaki dan wanita pertandingan lagu Bajau Sama dikenali Lego’on Ti Pendayag Atai (Melodi Kita Penghibur Hati).

Pertandingan anjuran Persatuan Bumis Bersatu Sabah (USBO) Peringkat Sepanggar yang julung kali diadakan berlangsung di Kampung Rampayan, Menggatal, di sini, Ahad lalu.

Amlie yang mewakili Kampung Batangan, Karambunai menewaskan lima peserta termasuk Masrie Malie dari Kampung Karambunai dan Aban dari Tobur Rampayan yang masing-masing muncul naib juara dan ketiga.

Nuramerah Izaty dari Pekan Telipok pula mengetepikan empat peserta termasuk Siti Aini Lebin dari Kuala Menggatal dan Noriah Kasman dari Tebobon yang masing-masing muncul naib juara dan ketiga.

Perasmian dan penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Yakub Khan.

Hadir sama, Presiden USBO yang juga ADUN Usukan, Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Said;  Pengerusi Penganjur yang juga Timbalan Presiden USBO, Datuk Ir Abdul Aziz  Julkarnain, Naib Presiden 2 USBO, Dr Liddy Haji Salun, dan Ahli Majlis Tertinggi persatuan itu, Datuk Yusof Haji Mansor.

Pertandingan yang menampilkan 11 finalis diiringi kugiran The Final Touch.

Final sepatutnya disertai 12 peserta, masing-masing enam lelaki dan wanita, namun seorang peserta kategori wanita menarik diri saat akhir atas faktor kesihatan.

Hot this week

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Topics

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...

Rasuah Adun Sabah: ‘Sekurang-kurangnya seorang atau dua individu akan dituduh’

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri...

Lelaki kini boleh belajar menjahit: Lasimbang

Jannie Lasimbang bersama peserta Program 'Sew and Save' baru...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img