5 ADUN Sabah sudah dipanggil SPRM

Setakat ini lima Adun telah dipanggil untuk dirakam percakapan dan siasatan masih giat dijalankan.

KUALA LUMPUR – Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah telah dipanggil untuk dirakam percakapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah berhubung dakwaan rasuah berkaitan perolehan projek mineral di negeri tersebut.

SPRM dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya telah menerima aduan mengenai seorang ahli perniagaan yang disyaki terbabit isu dakwaan rasuah berkaitan perolehan projek mineral di negeri tersebut.

“Siasatan awal berhubung aduan tersebut membawa kepada penemuan maklumat yang mengaitkan beberapa Adun Sabah yang disyaki terlibat isu dakwaan rasuah membabitkan ahli perniagaan berkenaan.

“Setakat ini, lima orang Adun telah dipanggil untuk dirakam percakapan dan siasatan masih giat dijalankan,’’ katanya di sini.

Pada Isnin, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor meminta SPRM menyiasat rakaman audio ADUN yang tular dikatakan sedang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit.

Hajiji berkata kerajaan negeri sedia beri kerjasama kepada mana-mana pihak khususnya SPRM berkenaan isu berkenaan.

Laporan sebelum ini menyatakan seorang peguam hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 30 Oktober untuk memberikan maklumat mengenai kes rasuah.

Peguam tersebut itu meminta perlindungan dan kekebalan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, dengan harapan agar anak guamnya tidak akan disiasat atau menghadapi tuduhan undang-undang.

Mengulas lanjut, SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan dengan telus dan menyeluruh. – scoop.com

Hot this week

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

Topics

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img