Friday, July 18, 2025

Tabung keusahawanan dan kepimpinan belia Kiulu

KIULU : – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, memperkenalkan Tabung Keusahawanan dan Kepimpinan Belia dalam usaha memperkasakan golongan belia dan memacu pembangunan mampan di daerah kecil Kiulu.

Pengumuman inisiatif ini dibuat semasa Program Belia dan Pelancongan serta Pelancaran Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) peringkat daerah kecil Kiulu di Kampung Malangang Lama di sini, pada Ahad yang disertai lebih 100 belia dan beliawanis dari seluruh Kiulu.

Joniston berkata, tabung ini dengan dana permulaan RM50,000 bertujuan menyokong belia dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang memanfaatkan komuniti setempat serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di daerah kecil ini.

“Golongan belia adalah tunjang utama kepada pembangunan mampan. Dengan semangat dan kreativiti mereka, belia boleh menjadi pemimpin kepada pelbagai inisiatif komuniti, termasuk inovasi dalam pelancongan, ekonomi, dan pemuliharaan alam sekitar,” ujar beliau.

Beliau turut menjelaskan bahawa tabung ini akan diuruskan oleh individu-individu dari golongan profesional bagi memastikan pengurusan yang cekap, telus, dan bertanggungjawab.

Joniston, yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebuadayaan, dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, berkata inisiatif ini merupakan komitmen bagi memastikan pembangunan belia berjalan seiring dengan usaha mencapai matlamat SDGs.

Sebagai destinasi pelancongan berasaskan komuniti, Kiulu menjadi salah satu model pembangunan luar bandar mampan di Sabah.

Joniston berkata pelancongan komuniti menepati sasaran SDGs iaitu mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan sosial ekonomi melalui penjanaan pendapatan, meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan alam sekitar, dan meningkatkan kerjasama dan persefahaman sekaligus mewujudkan toleransi komuniti.

“Pembangunan ekonomi di Kiulu mesti seimbang dengan kelestarian alam sekitar dan identiti budaya setempat, dan saya percaya bahawa tabung ini mampu menjadi pemangkin transformasi belia untuk mencipta impak positif kepada komuniti,” tegasnya.

Beliau turut menggariskan peranan penting Kerajaan Negeri melalui Lembaga Pelancongan Sabah dalam menyokong pemerkasaan komuniti luar bandar.

“Dengan penglibatan semua pihak, Kiulu berpotensi menjadi contoh terbaik pembangunan mampan yang mengintegrasikan komuniti, ekonomi, dan alam sekitar,” tambah Joniston.

Joniston juga berkongsi perancangan strategik beliau mencapai objektif halatuju Sabah Maju Jaya yang memfokuskan kepada memajukan sektor perindustrian, pertanian dan pelancongan.

“Kiulu sudah sedikit sebanyak telah mencapai objektif memajukan pelancongan dan fokus kita seterusnya ialah menjadikan Kiulu sebagai hub hasil pertanian.

“Mudah-mudahan dalam masa terdekat kita dapat mendirikan kilang memproses hasil pertanian yang kesemuanya menjurus kepada pemerkasaan ekonomi.

“Saya akan memperuntukkan sebahagian daripada peruntukan tahunan ADUN untuk membina dan menambah baik jalan-jalan pertanian di kawasan Kiulu,” kata Joniston.

Menurut Presiden Persatuan Pelancongan Kiulu Meijin Maggingow daerah Kecil Kiulu kini mempunyai lebih daripada 80 pengusaha pelancongan yang berjaya mewujudkan 400 peluang pekerjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah Julinus Jeffrey Jimit turut hadir dalam program itu

Hot this week

New home brings relief to OKU. couple in Kiulu

Joniston handing over SMJ house key to Hendary. Also...

Support for the proposed Chief Minister term limit reform in Sabah

Datuk James Ligunjang...The proposal to limit the Chief Minister’s...

KDM’s Voo ready to face Datuk Ruben in Kemabong

Willie presenting appointment letter as KDM coordinator for Kemabong...

Sampah di Jalan Sungai Batang tidak dikutip hampir satu bulan

SANDAKAN : - Penduduk di Jalan Sungai Batang ,...

PBS, STAR should prioritise youth aspirations in choosing candidates for 2025 State Elections

Prem Bechile Kitingan KOTA KINABALU : - The leadership of...

Topics

New home brings relief to OKU. couple in Kiulu

Joniston handing over SMJ house key to Hendary. Also...

Support for the proposed Chief Minister term limit reform in Sabah

Datuk James Ligunjang...The proposal to limit the Chief Minister’s...

KDM’s Voo ready to face Datuk Ruben in Kemabong

Willie presenting appointment letter as KDM coordinator for Kemabong...

Sampah di Jalan Sungai Batang tidak dikutip hampir satu bulan

SANDAKAN : - Penduduk di Jalan Sungai Batang ,...

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img