Friday, July 25, 2025

Frankie Poon akan memastikan pembangunan berterusan di Pulau Berhala

SANDAKAN : – Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata beliau akan memastikan pembangunan berterusan di Pulau Berhala.

ADUN Tanjong Papat itu berkata antara isu utama ialah akses kepada bekalan air bersih, pembaikan infrastruktur, dan langkah-langkah keselamatan di sekitar kawasan kampung.

Frankie berkata demikian dalam sesi dialog bersama penduduk Kampung Pulau Berhala bagi mendengar pandangan, aduan, dan keperluan masyarakat setempat baru baru ini.

Sesi ini turut dihadiri oleh Setiausaha ADUN Tanjong Papat Liau Fui Fui, dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.56 Tanjong Papat, Mohd Faried Ismail, bersama pasukan sokongan pejabat ADUN.
Kehadiran mereka adalah untuk memastikan segala maklum balas penduduk direkodkan dengan baik serta tindakan susulan dapat diambil dengan segera.

Penduduk kampung telah mengambil kesempatan untuk menyuarakan cadangan dan masalah yang mereka hadapi secara langsung kepada Frankie.

Beliau juga memberi jaminan untuk terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan dalam menangani isu-isu yang dibangkitkan.

“Kami akan memastikan keperluan penduduk di Pulau Berhala diutamakan. Setiap aduan yang diterima akan dikaji dengan teliti, dan tindakan segera akan diambil demi meningkatkan kualiti hidup penduduk di sini,” ujar Frankie.

Sesi dialog seperti ini merupakan inisiatif berterusan pejabat ADUN N.56 Tanjong Papat untuk mendekati masyarakat dan memastikan setiap suara mereka didengari.

Pejabat ADUN N.56 Tanjong Papat akan terus komited dalam memperjuangkan hak serta menyediakan sokongan kepada semua komuniti di kawasan ini.

Hot this week

Sabah and Sarawak also paying for Malaysia’s multibillion-ringgit debt spent in the Peninsula: A Federal Injustice

By Ir. Joseph LakaiMiri, Sarawak Sabah and Sarawak are among...

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Efficient water gravity system, upgrading Telibong Water Plant can solve  water shortage  in Inanam

Lewis... Residents are suffering, no rain means no water. Sungai...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Topics

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Efficient water gravity system, upgrading Telibong Water Plant can solve  water shortage  in Inanam

Lewis... Residents are suffering, no rain means no water. Sungai...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img