Friday, May 9, 2025

Fadillah: 10 tuntutan di bawah MA63 oleh kerajaan negeri Sabah telah diselesaikan

KUALA LUMPUR : – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perbincangan perbincangan mengenai isu-isu di bawah Perjanjian Malaysia (MA63) bersama dengan kerajaan negeri Sabah masih diteruskan sehingga hari ini.

Tambahnya, sehingga kini, sebanyak 10 tuntutan di bawah MA63 oleh kerajaan negeri Sabah juga telah diselesaikan.

Jelasnya, ini penting agar rakyat juga dapat mengetahui perkembangan perkara itu dari masa ke masa.

Menerusi jawapan bertulis kepada Vivian Wong Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata, di bawah pentadbiran Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan perpaduan sentiasa memberikan komitmen dalam meneruskan perundingan mengenai isu-isu di bawah Perjanjian Malaysia 1963 yang dikemukakan oleh kerajaan negeri Sabah dan kerajaan negeri Sarawak supaya dapat diselesaikan berlandaskan kerangka Perlembagaan Persekutuan dan perundangan sedia ada.

Tambahnya, sehingga kini, sebanyak 10 tuntutan di bawah MA63 oleh kerajaan negeri Sabah juga telah diselesaikan.

Sepuluh tuntutan yang selesai Sepenuhnya itu adalah yang :-

Pertama, penyerahan semula kuasa pentadbiran ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Kerajaan Negeri Sabah

Kedua, pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan

Ketiga, pemberian kuasa (empowerment) mengenai pelesenan dan penangkapan ikan laut dalam kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak

Keempat, pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sabah dan Negeri Sarawak sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182 (AP182).

Tuntutan kelima ialah pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1995 bagi melantik wakil kerajaan negeri Sabah dan Sarawak sebagai anggota tetap LHDN

Keenam, penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas di negeri Sabah

Ketujuh, pentadbiran badan kehakiman di Sabah dan Sarawak

Kelapan, penyediaan garis landuan penyerahan semula tanah direzabkan bagi maksud Persekutuan di negeri Sabah dan negeri Sarawak

Kesembilan, penyerahan kuasa kawal selia elektrik kepada lerajaan negeri Sabah

Kesepuluh, cadangan Pindaan Perkara 95B Perlembagaan Persekutuan mengenai ubah suaian bagi negeri Sabah dan Sarawak mengenai pembahagian kuasa perundangan. 

Fadillah berkata, selain daripada itu, terdapat juga satu tuntutan di bawah MA63 yang dikategorikan selesai sebahagian/interim iaitu kajian semula pemberian khas bagi negeri Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 112D. 

Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan kadar pemberian khas kepada neggeri Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada RM600 juta bermula tahun 2025 dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2024 di Kota Kinabalu pada 12 September 2024 yang lalu.

Manakala semua isu-isu di bawah MA63 yang belum diselesaikan akan terus dipantau oleh Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri (BHESS, JPM) selaku Sekretariat MTPMA63 dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 bersama dengan semua pemegang taruh (stakeholders) di peringkat Persekutuan dan juga di peringkat Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

Fadillah berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong.

Vivian melalui pertanyaan pada sesi pemberitahuan pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas, meminta Perdana Menteri untuk menyatakan perkembangan terkini dalam perundingan isu berbangkit Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) oleh Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.

Hot this week

The newly elected Pope Leo XIV – Robert Prevost

By CC PungJustice of Peace THE new Pope calls for...

Cardinal Robert Prevost – Pope XIV

VATICAN CITY (Reuters) - Robert Prevost, the choice of...

New chapter for Sabah journalism as first woman takes the helm of SJA

Mariah Doksil...First woman president of the Sabah Journalists Association KOTA...

PBT berperanan penting sebagai Kerajaan Peringkat Ketiga – Dr Joachim

PUTATAN : - Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri...

Sabah Wushu team gears up for national youth tournament

Negeri Sembilan here we come … Chin Kim Hiung...

Topics

The newly elected Pope Leo XIV – Robert Prevost

By CC PungJustice of Peace THE new Pope calls for...

Cardinal Robert Prevost – Pope XIV

VATICAN CITY (Reuters) - Robert Prevost, the choice of...

New chapter for Sabah journalism as first woman takes the helm of SJA

Mariah Doksil...First woman president of the Sabah Journalists Association KOTA...

PBT berperanan penting sebagai Kerajaan Peringkat Ketiga – Dr Joachim

PUTATAN : - Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri...

Sabah Wushu team gears up for national youth tournament

Negeri Sembilan here we come … Chin Kim Hiung...

275 tiang elektrik akan dipasang di 13 kampung di DUN Sindumin

Dr Yusof menyaksikan Madius menandatangi plak, simbolik perasmian Pejabat...

How many more journalists must die, RSF?

Rocky Bru...Despite killing over 200 journalists in Gaza, Israel...

Don’t expect Francis’ clone, every pope brings his own calling

Fr Gerard emphasised that each pope brings with him...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img