Friday, July 11, 2025

SK Tomis, Tuaran meraikan Jubli Intan dan Sambutan Hari Kanak Kanak

TUARAN : – Sekolah Kebangsaan Tomis, Tuaran telah meraikan Majlis Jubli Intan 65 Tahun dan Sambutan Hari Kanak-Kanak SK Tomis pada Jumaat.

Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau telah hadir dan merasmikan kedua majlis itu.

“Walaupun menerima banyak jemputan hari ini (Nov 29) untuk menghadiri pelbagai program, saya memilih untuk merasmikan Majlis Jubli Intan 65 Tahun dan Sambutan Hari Kanak-Kanak SK Tomis,” kata Madius dalam hantaran di media sosial.

Katanya, beliau mengambil keputusan ini kerana percaya bahawa pendidikan adalah keutamaan dan di peringkat Pusat Khidmat Parlimen Tuaran akan sentiasa memberi sokongan kepada sekolah-sekolah di kawasan Tuaran.

“Saya amat gembira apabila dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni SK Tomis telah berjaya ditubuhkan dan mereka telah memberi sumbangan berupa dua biji TV untuk kegunaan sekolah.”

“Tahniah kepada semua ahli alumni yang terlibat,” katanya.

Menurut Madius, sumbangan seperti itu sangat berharga dan yakin bahawa jika lebih ramai bekas pelajar dan masyarakat setempat turut serta memberi sokongan, lebih banyak lagi yang dapat dilakukan untuk membantu sekolah ini.

“Bukan hanya dalam bentuk barangan, tetapi mungkin juga dalam bentuk masa, tenaga dan idea,” tambahnya..

Madius percaya bahawa setiap sumbangan, apabila digabungkan, akan membawa kesan yang besar.

Katanya, “It takes a village to raise a child” saya percaya, dengan lebih banyak kerjasama antara alumni, guru-guru, ibu bapa, dan komuniti setempat, kita boleh memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita dan memastikan mereka mendapat pendidikan yang berkualiti dan peluang yang lebih cerah.”

Sekolah SK Tomis, Tuaran memang istimewa.

Bagi yang tidak tahu, ini adalah sekolah pertama di zon Nabalu dan ia bermula pada tahun 1959 sebagai Native Voluntary School (NVS).

Bayangkan, ketika itu Malaysia pun belum wujud lagi! Sekolah ini lah yang jadi tempat anak-anak kampung mengenal huruf dan kira-kira.

Lebih menarik lagi, dulu, kawasan SK Tomis ini bukan sahaja tempat untuk belajar, tetapi juga merupakan laluan utama yang mesti dilalui untuk ke Ranau.

Banyak kisah lama yang melibatkan perjalanan hidup orang kampung yang dilalui kampung itu.

Hot this week

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Topics

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Hajiji will dreams about the best date to dissolve the State Assembly

Hajiji speaking to the media at the State Assembly...

KGKS supports the call for KPM to provide guidelines for instructions via social applications

Murkam...teachers shouldn't be unnecessarily disturpbed after working hours by...

Sabah’s 40% Entitlement Case: Full Hearing on Monday – July 7

Datuk James Ligunjang...members of the public encouraged to attend...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img