Saturday, July 26, 2025

Video tular ADUN-ADUN Sabah, BERSATU gesa SPRM buat siasatan penuh

Nabila Norsahar

KOTA KINABALU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menggesa pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan penuh dengan telus terhadap mereka yang didakwa terlibat dalam skandal rasuah ini.

Ketua Srikandi Muda BERSATU, Nabila Norsahar berkata, ini penting untuk rakyat Sabah tahu integriti pemimpin-pemimpin Sabah dan seterusnya menentukan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan Negeri.

Menurutnya, yang menjadi persoalan rakyat, adakah ini sememangnya amalan kepimpinan negeri.

Katanya, Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun secara sukarela semalam telah menghadirkan dirinya ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan tetapi apa yang rakyat dapat ialah sekadar jawapan bahawa beliau tidak pernah ingat perbualan itu kerana rakaman perbualan tersebut disunting.

“Disini kami menegaskan bahawa rakyat Sabah menuntut penjelasan yang munasabah daripada pemimpin-pemimpin.

“Dilaporkan juga video penuh tersebut didedahkan melalui media dan bukannya pihak berkuasa kerana defisit kepercayaan. Ini membimbangkan kepercayaan rakyat terhadap SPRM dalam membuat siasatan terhadap pemimpin-pemimpin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam tular video penuh “whistleblower” merakam perbincangan pemulangan wang suapan yang diberikan kepada ADUN-ADUN Sabah untuk mendapatkan sokongan bagi permohonan lesen carigali bernilai ratusan ribu ringgit.

Tidak cukup sampai disitu, video skandal rasuah itu juga mendedahkan bahawa Ketua Menteri Sabah telah menggunakan rasuah untuk mendapatkan sokongan kepada beliau.

Nabila berkata, BERSATU menyeru pihak berkuasa untuk membuat kenyataan tentang hal ini supaya rakyat yakin bahawa siasatan dibuat adalah adil, telus dan professional.

Katanya, kalau yang disebelah sana menuntut si pemberi dan penerima juga disiasat, jangan sebelah pihak sahaja.

Hot this week

Hajiji to announce something ‘big’ on Sunday

Hajiji speaking to reporters after opening the Gagasan Rakyat's...

Sabah and Sarawak also paying for Malaysia’s multibillion-ringgit debt spent in the Peninsula: A Federal Injustice

By Ir. Joseph LakaiMiri, Sarawak Sabah and Sarawak are among...

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Efficient water gravity system, upgrading Telibong Water Plant can solve  water shortage  in Inanam

Lewis... Residents are suffering, no rain means no water. Sungai...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

Topics

Hajiji to announce something ‘big’ on Sunday

Hajiji speaking to reporters after opening the Gagasan Rakyat's...

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Efficient water gravity system, upgrading Telibong Water Plant can solve  water shortage  in Inanam

Lewis... Residents are suffering, no rain means no water. Sungai...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img