Monday, March 17, 2025

MAN penting menjaga adat resam dan keharmonian penduduk kampung – Dr Yusof

Dr Yusof menyampaikan watikah pelantikan WKAN kepada Nordin Ismail.

SIPITANG : – Mahkamah Anak Negeri (MAN) di peringkat daerah memainkan peranan penting sebagai mata dan telinga kerajaan dalam menjaga adat resam dan keharmonian penduduk kampung.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, ia sejajar dengan pewujudan MAN untuk mempastikan kebajikan kaum-kaum yang tinggal di luar bandar terpelihara dan adat resam mereka terjaga.

Katanya, Kerajaan telah melantik Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan Ketua Kampung (KK) untuk menganggotai MAN termasuk mengadili sebarang kesalahan-kesalahan adat.

“Justeru, peranan MAN ini sangat penting dalam mewujudkan suasana harmoni di kampung dan menjaga adat resam kaum. Kerajaan mengiktiraf peranan MAN ini,” katanya pada Majlis Makan Malam MAN Daerah Sipitang di sini, semalam.

Hadir sama, Pegawai Daerah Sipitang Abd Karim A.M Zahari, KAN Daerah Sipitang OKK Daut Kassim dan Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Sindumin Asryaf Munir.

Dalam pada itu, Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Berhad berkata, terdapat 43 KK sudah dilantik di daerah ini berbanding 63 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

Katanya, jumlah KK yang ada ketika ini tidak seimbang dengan jumlah JKKK yang ada menyebabkan ada KK menjaga lebih tiga kampung.

Beliau berkata, sebaiknya KK menjaga dua hingga tiga kampung atau sesuai seorang KK menjaga sebuah kampung.

Menurutnya, sebagai ADUN, beliau akan memperjuangkan perkara ini agar pentadbiran di peringkat kampung lebih teratur dan keharmonian penduduk kampung terus terjaga.

Hot this week

Support PBS-STAR merger to strengthen political stability – Kalakau Untol

Kalakau...Now is the time to realise it. By Allan G...

KDM aims to establish Mini Sports Museum in Kiulu

Henry Saimpon…if we are in the government after PRN17 TUARAN:...

Discovering Heritage trees along Sandakan Heritage Trial

Dr Arthur, Lai, Wilson, Dr Joan and Lily. SANDAKAN :...

‘Kita mahu undi itu Perahu oh ini kali” – A sign that Warisan is set to pose a strong challenge in DAP’s stronghold

By Salman NurillahSocial Activist KOTA KINABALU; Amid the hustle and...

Hajiji: Dakwaan Kerajaan gagal hanya tanggapan pembangkang

SUKAU : - Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji...

Topics

Support PBS-STAR merger to strengthen political stability – Kalakau Untol

Kalakau...Now is the time to realise it. By Allan G...

KDM aims to establish Mini Sports Museum in Kiulu

Henry Saimpon…if we are in the government after PRN17 TUARAN:...

Discovering Heritage trees along Sandakan Heritage Trial

Dr Arthur, Lai, Wilson, Dr Joan and Lily. SANDAKAN :...

Hajiji: Dakwaan Kerajaan gagal hanya tanggapan pembangkang

SUKAU : - Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji...

Dr Joachim sampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kundasang

Dr. Joachim (tengah) bergambar bersama para penjaja yang menerima...

Program Bubur Lambuk JBPM Sabah Bersama Adabi dan Petronas Meriahkan Ramadan

KOTA KINABALU : - Semangat Ramadan terus disemarakkan melalui...

Phoong explores logistics and investment opportunities with J&T Express

KUALA LUMPUR : - Sabah Minister of Industrial Development...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img