Friday, July 18, 2025

Kejohanan Tertutup Futsal Veteran dan Belia “5 Sebelah” Piala Datuk FrankiePoon dan Agihan Bakul Rahmah

SANDAKAN : – Kejohanan Tertutup Futsal Veteran Dan Belia “5 Sebelah” Piala Datuk Frankie
Poon Ming Fung berlangsung dengan meriah di Kampung Sim-Sim hari ini.

Kejohanan dirasmikan oleh Datuk Frankie Poon Ming Fung, ADUN N.56 Tanjong Papat.

Program ini berjaya menghimpunkan komuniti setempat dalam suasana penuh semangat kesukanan dan kerjasama.

Majlis bermula dengan ketibaan peserta dan orang ramai seawal jam 8.00 pagi, diikuti oleh ketibaan Frankie bersama rombongannya pada jam 8.30 pagi.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan pentingnya acara seperti ini dalam memupuk semangat perpaduan serta hubungan silaturahim antara komuniti.

Selain pertandingan futsal yang melibatkan beberapa perlawanan menarik, majlis ini turut menyaksikan pengagihan 100 Bakul Rahmah kepada golongan ekasih yang memerlukan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen pihak penganjur dalam membantu masyarakat setempat, sejajar dengan semangat Malaysia Madani.

Pertandingan futsal diteruskan selepas sesi agihan Bakul Rahmah, dengan perlawanan berlangsung hingga jam 5.00 petang.

Format pertandingan melibatkan peringkat kumpulan dan peringkat akhir, memberikan peluang kepada para peserta untuk mempamerkan semangat juang mereka.

Frankie Poon merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur, barisan sukarelawan, dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara ini.

Beliau juga menggalakkan komuniti untuk terus menyokong aktiviti seperti ini yang bukan sahaja menceriakan tetapi juga memberi impak positif kepada masyarakat.

Majlis ini bukan sahaja menjadi medan riadah tetapi juga melambangkan semangat perpaduan yang kukuh di Kampung Sim-Sim.

Hot this week

New home brings relief to OKU. couple in Kiulu

Joniston handing over SMJ house key to Hendary. Also...

Support for the proposed Chief Minister term limit reform in Sabah

Datuk James Ligunjang...The proposal to limit the Chief Minister’s...

KDM’s Voo ready to face Datuk Ruben in Kemabong

Willie presenting appointment letter as KDM coordinator for Kemabong...

Sampah di Jalan Sungai Batang tidak dikutip hampir satu bulan

SANDAKAN : - Penduduk di Jalan Sungai Batang ,...

PBS, STAR should prioritise youth aspirations in choosing candidates for 2025 State Elections

Prem Bechile Kitingan KOTA KINABALU : - The leadership of...

Topics

New home brings relief to OKU. couple in Kiulu

Joniston handing over SMJ house key to Hendary. Also...

Support for the proposed Chief Minister term limit reform in Sabah

Datuk James Ligunjang...The proposal to limit the Chief Minister’s...

KDM’s Voo ready to face Datuk Ruben in Kemabong

Willie presenting appointment letter as KDM coordinator for Kemabong...

Sampah di Jalan Sungai Batang tidak dikutip hampir satu bulan

SANDAKAN : - Penduduk di Jalan Sungai Batang ,...

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img