Wednesday, June 18, 2025

Muaythai: Pertemuan semula para juara di Elopura

SANDAKAN: Tarikh 11 dan 12 Januari ini adalah bulan yang dinanti-nantikan di daerah ini.

Acara meriah akan diadakan untuk memilih siapa juara antara juara yang kuat dalam seni pertahanan diri.

Elopura Fights: Reunion of Champions (Perlawanan Elopura: Pertemuan Semula Juara) akan menyaksikan aksi terbaik peserta pertahanan seni Muaythai dalam kejohanan selama dua hari ini.

Jurucakap kejohanan dua hari itu berkata, acara akan mempamerkan aksi terbaik Muaythai yang diharap dapat menyemarakkan semangat komuniti dan pada masa yang sama berpotensi menggalakkan pelancongan sukan.

Katanya, perlawanan akan diadakan di SMJK Tionghua Sandakan pada 11 dan 12 Januari minggu depan.

“Acara ini menjanjikan pengalaman yang mendebarkan buat peminat sukan dan penonton awam,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Katanya, sukan itu menampilkan kategori Muaythai Sport (amatur) yang melibatkan lebih 100 peserta dari seluruh Sabah dan Malaysia merangkumi pelbagai kumpulan umur.

Sukan ini diktiraf oleh Persatuan Muaythai Malaysia, Persatuan Muaythai Negeri Sabah, dan berada di bawah seliaan International Federation of Muaythai Associations (IFMA) serta World Muaythai Council (WMC).

“Kejohanan ini menjamin tahap profesionalisme dan keadilan yang tertinggi. Selain kredibiliti di atas, acara ini turut diiktiraf oleh Jabatan Pendidikan Sabah. Ini membolehkannya sebagai aktiviti kokurikulum peringkat negeri untuk pelajar atlet.

“Kategori pertarungan profesional menjadi tarikan utama di mana ia mempertemukan pejuang Muaythai Sabah dengan lawan dari seluruh Malaysia.

“Wira tempatan Riedzwan Norsyahmie Daud dan Dazaisy Hafiyy Aznee akan beraksi dan bersedia menunjukkan kehebatan mendebarkan yang pasti membanggakan peminat tempatan mereka,” katanya.

Menghangatkan lagi acara legenda Muaythai Malaysia seperti Ali Yaakub yang digelar sebagai ‘Captain Malaysia’ dan Hasril Nazmi (Dancing Boy) akan turut mempamerkan kemahiran mereka.

Menurut Fyda, dua legenda negara itu dikatakan tiada tandingan serta membawa persembahan Muaythai ke tahap tertinggi.

“Elopura Fights bukan sekadar acara sukan. Dengan menarik peserta, pegawai, dan peminat dari seluruh negara, acara ini dijangka meningkatkan ekonomi Sandakan melalui pelancongan sukan.

“Ini akan memberikan limpahan perniagaan tempatan seperti membantu sektor hospitaliti, dan mendedahkan tarikan kebudayaan yang akan dimanfaatkan semua pihak,” katanya menambah kehadiran pelawat, menjadikan ini peluang penting untuk mempamerkan Sandakan sebagai destinasi yang dinamik dan mesra.

Menurutnya acara sukan ini bukan sahaja membuka kalendar sukan tahun 2025 tetapi juga menandakan permulaan yang berpotensi besar untuk pembangunan pelancongan dan ekonomi Sandakan.

Gabungan keunggulan sukan, penglibatan komuniti dan promosi budaya akan menjadikan daerah ini, khususnya Elopura bakal meninggalkan impak berkekalan di rantau ini.

“Marilah datang beramai-ramai menyaksikan perlawanan seni pertahanan diri Muaythai pada tarikh yang ditetapkan di sini,” jelasnya.

Hot this week

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Topics

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img