Sunday, July 13, 2025

Penyakit Demam Babi Afrika (African Swine Fever – ASF)  dikesan semula di daerah Keningau

Dr. Jeffrey Kitingan…status Keningau kembali kepada zon merah (Zon Terjangkit) selepas sebelumnya berada dalam zon hijau (Zon Pemulihan).

KOTA KINABALU: Satu kes penyakit Demam Babi Afrika (African Swine Fever – ASF) telah dikesan semula di daerah Keningau pada 7 Januari 2025, melibatkan seorang penternak babi kampung.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan mengesahkan bahawa daripada 20 ekor ternakan babi yang dimiliki penternak tersebut, 12 ekor telah terkesan oleh wabak itu.

Beliau yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berkata, pelupusan babi dan kawalan pergerakan telah dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Wilayah Keningau, menjadikan status Keningau kembali kepada zon merah (Zon Terjangkit) selepas sebelumnya berada dalam zon hijau (Zon Pemulihan).

“Menurut siasatan, ternakan babi menunjukkan tanda-tanda klinikal seperti kurang selera makan, lemah, hidung berair, dan kematian. Sampel yang diambil disahkan positif ASF oleh makmal.

“Selaras dengan Subseksyen 45(2) Enakmen Haiwan 2015, DVS telah mengambil langkah pantas, termasuk sekatan pergerakan babi dan produk babi dari daerah Keningau, peningkatan servalens aktif dan pasif di seluruh Sabah, serta nasihat biosekuriti kepada penternak untuk memastikan ladang dan kandang berada dalam keadaan terkawal.

“Penternak juga dilarang memberikan sisa makanan dapur mentah kepada babi serta melawat ladang atau kandang yang berpenyakit. Selain itu, penternak diingatkan untuk tidak membeli babi hidup atau produk babi daripada sumber yang tidak diketahui status kesihatannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ASF disebabkan oleh Asfvirus, yang boleh menjangkiti babi melalui sentuhan langsung dengan babi berpenyakit atau secara tidak langsung melalui perkakasan atau individu yang tercemar.

Bagaimanapun, penyakit ini tidak bersifat zoonotik dan tidak menjangkiti manusia. Para penternak digesa segera melaporkan kejadian babi sakit atau mati kepada pejabat DVS terdekat bagi membendung penyebaran wabak dengan cepat.

Bekalan daging babi menjelang Tahun Baru Cina cukup

Dr. Jeffrey berkata, DVS turut memaklumkan bahawa bekalan daging babi menjelang Tahun Baru Cina mencukupi, dengan sumber diperoleh dari ladang babi tempatan di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

“Setakat ini, tiada kes ASF dikesan pada babi hutan, dan ladang babi komersial di Tawau, Sandakan, Tenom, Papar, Tuaran serta Penampang kekal bebas penyakit.”

Masyarakat diminta terus tenang kerana ASF tidak menjejaskan kesihatan manusia. Langkah berjaga-jaga dan pematuhan arahan oleh penternak akan membantu mengawal penyebaran wabak ini.

Hot this week

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

Topics

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...

PIBG digesa jadi nadi suara Wakil Rakyat

Joniston bersama wakil wakil 24 PIBG yang menerima...

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img