Saturday, June 21, 2025

George Hiew gesa MPS tingkat komunikasi dengan rakyat dan peniaga

George Hiew dan Dr Joachim Gunsalam

SANDAKAN : – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, menggesa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) supaya meningkatkan komunikasi dengan penduduk dan peniaga tempatan sebelum melaksanakan sebarang keputusan yang memberi kesan besar kepada komuniti.

Beliau menekankan pentingnya perbincangan bersama masyarakat, khususnya peniaga, untuk mengelakkan salah faham yang boleh menggugat keyakinan mereka terhadap kerajaan.

“Kerajaan, terutamanya MPS, perlu berbincang dengan peniaga tempatan tentang perkara mustahak yang melibatkan semua pihak, terutamanya perkara berkaitan dengan cukai. Penguatkuasaan secara tiba-tiba boleh membuatkan peniaga hilang keyakinan untuk terus berniaga di Sandakan,” katanya.

George juga mengingatkan MPS bahawa sebarang keputusan penting perlu dimaklumkan kepada kementerian terlebih dahulu dan disampaikan kepada rakyat secara jelas.

Beliau berkata demikian berikutan kekeliruan yang timbul berikutan kenaikan mendadak dalam cukai pintu dan yuran pembaharuan lesen perniagaan.

Menurutnya, kadar sesetengah cukai pintu yang sebelum ini dianggarkan RM200 hingga RM300 kini telah meningkat kepada RM600 hingga RM700, menyebabkan ramai penduduk resah.

“Saya telah berjumpa dengan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr Joachim Gunsalam hari ini (Khamis) dan beliau telah memaklumkan pada Disember lalu bahawa pelaksanaan ini sepatutnya ditangguhkan.

“Namun, ada kes di mana jumlah cukai yang lebih tinggi telah dimasukkan dalam sistem MPS. Di sanalah timbul kekeliruan ini,” jelas George.

Beliau menggesa mereka yang terjejas atau merasakan kenaikan cukai pintu tidak munasabah untuk membuat pelarasan di tingkat tiga pejabat MPS.

“MPS telah meminta sesiapa yang merasakan tidak puas hati untuk datang dan membuat pelarasan mengikut kadar sebelumnya,” katanya.

George juga menyatakan penghargaan kepada Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, kerana melawat Karamunting untuk memahami isu air dan masalah rakyat.

Beliau berharap presiden baharu MPS yang akan dilantik pada 6 Februari ini akan dapat membawa gaya kepimpinan baharu yang lebih cekap dan berkesan untuk meningkatkan pembangunan ekonomi Sandakan.

“Kerajaan yang cekap dan telus akan membantu meningkatkan keyakinan rakyat,” ujarnya.

Hot this week

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Topics

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img