Sunday, June 22, 2025

Sabah sasar 3.5 juta pelancong ke Sabah tahun ini

Tun Musa (tengah) menerima cenderamata daripada Christina. Gambar JaPen Sabah

KOTA KINABALU: Sabah terus berusaha melonjakkan lagi jumlah kemasukan pelancong bagi mencapai sasaran 3.5 juta pada tahun ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Christina Liew berkata sasaran tersebut seiring dengan pertambahan 15 penerbangan langsung ke Sabah dari pelbagai negara.

“Tahun ini, sasaran kami adalah pelancong yang datang dari negara-negara yang berlainan dan beberapa projek pelancongan untuk menarik lebih ramai pelancong yang datang dari seluruh dunia.

“Kini, kita mempunyai lebih daripada 15 penerbangan langsung. Mungkin pada tahun ini, kami akan menambahkan satu atau dua lagi penerbangan langsung.

“Oleh itu, kami sasarkan 3.5 juta tetapi kami berharap kami akan mendapat lebih daripada itu. Antara 3.5 juta hingga 4 juta atau 5 juta,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, hari ini.

Pada kunjungan tersebut, Christina menyampaikan jemputan secara rasmi kepada Tun Musa untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di ibu negeri, pada 30 Januari ini.

“Ini adalah kali pertama Tuan Yang Terutama Tun Musa Aman akan menghadiri majlis kami. Beliau telah menerima jemputan ini dan kami amat teruja.

“Kami juga menjemput masyarakat untuk membawa keluarga ke majlis ini kerana ia merupakan satu-satunya peluang untuk menyambut Tahun Baru Cina yang mengagumkan bersama kami,” ujar beliau.

Hadir sama dalam kunjungan itu ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai, Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Josie Lai serta Timbalan SUT, Alesia Sion. – JaPen Sabah

Hot this week

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Topics

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img