Majlis Sambutan Krismas 2024 dan Tahun Baharu 2025 Ranau meriah

Dr. Joachim (tengah) bersama Masidi (empat dari kiri), Abidin (empat dari kanan) serta tetamu kehormat menyempurnakan upacara memotong kek Majlis Sambutan Krismas 2024 dan Tahun Baharu 2025 Ranau.

RANAU :  – Majlis Sambutan Krismas 2024 dan Tahun Baharu 2025 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, Karanaan dan Paginatan berlangsung meriah di Dewan Masyarakat Daerah Ranau, hari ini.

Majlis tersebut dihadiri seramai 5,000 orang daripada pelbagai latar belakang, termasuk rakan-rakan politik, penduduk setempat, serta pelancong dari Amerika Syarikat dan Sweden.

Dalam ucapan alu-aluan, Timbalan Ketua Menteri II yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menyampaikan penghargaan kepada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) bagi ketiga-tiga DUN atas kejayaan penganjuran majlis tersebut.

Beliau hadir bersama isteri, Datin Seri Linda Ewit.

“Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini. Semoga tahun ini menjadi lebih baik untuk kita semua,” kata Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP).

Sementara itu, Menteri Kewangan yang juga ADUN Karanaan, Datuk Seri Haji Masidi Manjun menyeru penduduk Ranau untuk terus bersatu padu dan berusaha gigih memajukan daerah mereka.

“Sabah akan maju sekiranya kita semua bersatu padu dan bekerja keras dalam satu perjuangan,” katanya.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir pula menekankan pentingnya kerjasama dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Majlis ini turut menyaksikan penyampaian sumbangan kepada pelbagai pihak, termasuk rumah ibadat seperti Gereja St. Peter Claver, Gereja Seventh Day Adventist, Gereja Sidang Injil Borneo, Gereja GPI Ranau, Gereja Anglican Ranau dan Gereja Basel serta institusi seperti Rumah Anak yatim  Miftahul Ulum Kampung Sosondoton, Minal Lahdi Ihlal Kg Siou, Rumah Anak Yatim Kg Minihas, Tahfiz Haj Dungoi Kundasang, Transit Muallaf Kg Lohan II, Rumah Kanak-Kanak Don Bosco, Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia cawangan Daerah Ranau (5P) dan Persatuan Talasemia Ranau.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh ketiga-tiga ADUN sebagai tanda sokongan terhadap usaha pembangunan komuniti setempat.

Acara turut dimeriahkan dengan persembahan koir dan tarian daripada gereja-gereja yang menerima sumbangan.

Turut diadakan ialah upacara memotong kek sempena ulangtahun kelahiran Dr. Joachim  pada bulan ini.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yassin, ADUN Dilantik, Datuk Amisah Yassin, Pembantu Menteri Pertanian yang juga ADUN Tandek, Datuk Hendrus Anding bersama isteri; Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Dr. Jamili Nais, Setiausaha-setiausaha Politik KKTP, Datuk Jonnybone Kurum yang juga ADUN Telupid dan Yubidi Gumpoyo; Pegawai Khas kepada Ketua Menteri, Datuk Arthur Sen; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Kundasang, Dounis Sani; PPM DUN Karanaan, Hisyamuddin Harun dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau, Elmer Endra M Sator serta ahli-ahli Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Ranau.

Hot this week

Musa-Hajiji combination assures bright future for Sabah

By Datuk Teddy Chin APRIL 10, 2025 was a special...

Jannie Lasimbang Welcomes Long-Awaited Allowance Hike for JKKK Leaders

Chairman RM800, Secretary RM400 KOTA KINABALU : - Kapayan Assemblywoman...

Dennison Indang sokong cadangan penubuhan Unit Khas Pemantau Projek Rancangan Malaysia di Sabah

Dennison...Satu langkah yang amat tepat dan wajar dilaksanakan dengan...

Time for “political bravery” to be demonstrated in Sabah

Shafie Apdal...Sabah does not need more promises. Sabah needs...

Fitting heart felt tribute for Tun Abdullah Ahmad Badawi

By Datuk Kalimullah Hassan I said goodbye to Tun Abdullah...

Topics

Musa-Hajiji combination assures bright future for Sabah

By Datuk Teddy Chin APRIL 10, 2025 was a special...

Jannie Lasimbang Welcomes Long-Awaited Allowance Hike for JKKK Leaders

Chairman RM800, Secretary RM400 KOTA KINABALU : - Kapayan Assemblywoman...

Dennison Indang sokong cadangan penubuhan Unit Khas Pemantau Projek Rancangan Malaysia di Sabah

Dennison...Satu langkah yang amat tepat dan wajar dilaksanakan dengan...

Time for “political bravery” to be demonstrated in Sabah

Shafie Apdal...Sabah does not need more promises. Sabah needs...

Fitting heart felt tribute for Tun Abdullah Ahmad Badawi

By Datuk Kalimullah Hassan I said goodbye to Tun Abdullah...

PBS fokus pastikan GRS kekal terajui Sabah – Dr Joachim

KIULU :  - Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS),...

Time to bury the hatchet, says Salleh.

SEMPORNA : Sabah UMNO Treasurer Datuk Seri Dr Salleh...

Joseph Alex Chang to defend his Penampang PKR chief post

PENAMPANG : Penampang PKR chief Joseph Alex Chang has...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img