Sunday, June 1, 2025

Pembentukan Malaysia bermula dari situasi yang serba tidak pasti

Oleh Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau

Pembentukan Malaysia adalah satu titik perubahan dalam sejarah, tetapi ia bermula dari situasi yang serba tidak pasti.

Pada tahun 1962, Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk mengumpulkan pandangan rakyat, Sabah dan Sarawak, sama ada bersetuju atau tidak cadangan pembentukan Malaysia.

Laporan suruhanjaya itu menyatakan bahawa 1/3 rakyat Sabah menyokong tanpa syarat; 1/3 rakyat Sabah menyokong dengan syarat; dan 1/3 lagi menolak cadangan tersebut.

Persoalannya ialah bagimanakah Suruhanjaya Cobbold membuat kesimpulan tersebut?

Melalui pungutan suara? Undian? Namun sejarah membuktikan bahawa sebenarnya pungutan suara ataupun referendum tidak dibuat!

Sebab itu sehingga kini, ada yang mempersoalkan sama ada proses itu benar-benar kehendak sebenar rakyat atau sekadar mengaburi pandangan demi mencapai matlamat tertentu.

Satu lagi persoalaan ialah adakah Malaysia ini satu confederation ataupun satu federation?

Bagimanakah pula Sabah dan Sarawak masing-masing menjadi equal partners melalui Perkara 2(1) Perlembagaan Persekutuan jika sekiranya Malaysia itu hanya federation dan bukannya confederation?

Pada malam 17 Januari, saya berpeluang mendengar pandangan Tan Sri Tommy Thomas dalam perkongsiannya The Formation of Malaysia Revisited.

Di sini, beliau mengupas fakta-fakta sejarah yang jarang diberi perhatian.

Dan Selepas itu pelbagai pandangan dan persoalaan.

Di sini, persoalaan yang terus menghantui kita ialah: –
Adakah asas negara ini dibina atas kejujuran dan kerjasama, atau ada agenda terselindung yang mendasarinya?

Ini membuka ruang untuk kita merenung dengan lebih mendalam.

Namun, apa pun jawapannya, fokus kita tidak seharusnya terhenti di situ.

Yang lebih penting adalah bagaimana kita dapat memperkukuh asas yang ada dan memastikan semua wilayah berdiri sebagai “Equal Partners”.

Inilah diantara perkara yang berbangkit antara banyak lagi yang di utarakan oleh para peserta dalam makan malam bersama-sama Tan Sri Tommy Thomas.

Makan malam itu walaupun mahal tetapi perbincangan itulah yang priceless.

Syukur saya dapat bersama-sama dalam majlis itu.

Hot this week

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Topics

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Pak Mus’ good pisang goreng comes from making it with love

By C C PungJustice of Peace Had ikan bakar, soto...

Corruption not tackled through perception, slander or insults – Anwar

Anwar arriving at Hongkod Koisaan to officiate the Sabah...

Stella Marris Kindergarten Kaamatan Celebrations

Sr Lucy (middle) with TSM teachers and pupils who...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img