Thursday, July 24, 2025

Sabah sertai PRU Parlimen pertama kali  pada tahun 1969

Penulis di ruang legar Parlimen, Kuala Lumpur. – Gambar Kutubkhanah Azrone

Oleh Mohd Azrone Sarabatin

Darvel antara 15 kerusi Parlimen terawal Sabah

WALAUPUN tahun ini Sabah akan meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-62, namun Sabah hanya menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) Parlimen pada 1969 atau 56 tahun lalu, melibatkan 15 kerusi yang kebanyakannya tidak lagi wujud ketika ini.

PRU pertama di Sabah berlangsung 15 hari pada 10 Mei  hingga 25 Mei 1969.

Daripada 15 kerusi berkenaan, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) memenangi paling banyak kerusi dengan 12 kerusi majoritinya pengundi Bumiputera Islam dan bukan Islam serta tiga lagi kerusi majoriti pengundi Cina milik  Persatuan Cina Sabah (SCA).

Mengikut maklumat daripada Portal Rasmi Parlimen Malaysia yang boleh dilayari menerusi https://www.parlimen.gov.my/, kerusi berkenaan adalah Parlimen Marudu atau sekarang Kudat yang dimenangi USNO menerusi Presidennya, Tun Datu Mustapha Datu Harun.

Lencana USNO yang memaparkan gambar Tun Datu Mustapha Datu Harun.-  – Gambar Kutubkhanah Azrone

Seterusnya, Kinabalu (sekarang Ranau), dimenangi Tan Sri Abdul Ghani Gilong,  Kinabatangan (Pengiran Ahmad Pengiran Indar), Labuk Sugut (sekarang Beluran), Ajad OT Oyung

dan Tuaran (Buja Gumbilai).

Presiden SCA, Tan Sri Peter Lo pula memenangi Parlimen Sandakan, Sabah Dalam atau sekarang Keningau dimenangi, Mohd Arif Salleh, Tun Mohammad Said Keruak (Kota Belud) dan Darvel dimenangi Mohd Salleh Datuk Panglima Abdullah.

Darvel kemudian dimansuhkan dan wujudlah dua Parlimen iaitu Semporna dan Silam atau sekarang Lahad Datu.

Parlimen Kimanis pula dimenangi Pengiran Tahir Pengiran Patera,  James Stephens Tibok (Penampang), Yeh Pao Tzu (Tawau) Abdul Rashid Jais (Sabah Selatan).

Sabah Selatan kemudian bertukar nama kepada Ulu Padas sebelum dimansuhkan berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang mewujudkan dua kerusi Parlimen baharu iaitu Tenom dan Sipitang.

Parlimen Labuan-Beaufort pula dimenangi Mohd Chik Johari Ondu Majakil.

Parlimen ini kemudian dipecahkan kepada dua kerusi iaitu Parlimen Labuan dan Limbawang atau sekarang Beaufort.

Sebuah lagi kerusi adalah Kota Kinabalu dimenangi Datuk Pang Tet Tshung. Parlimen Kota Kinabalu juga pernah dipecahkan kepada dua kerusi iaitu Parlimen Gaya dan Tanjung Aru sebelum disatukan dan kembali kepada nama asalnya sekarang (Kota Kinabalu).

Sebahagian besar kawasan dalam Parlimen Gaya kini berada dalam Parlimen Sepanggar yang mula dipertandingkan ketika PRU-11 pada 2004, manakala kawasan dalam Parlimen Tanjung Aru berada dalam Parlimen Kota Kinabalu.

Kerusi Tanjung Aru pula kini berstatus Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menelusi sejarah politik Sabah, walaupun Parti Perikatan mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang pertama pada April 1967, namun kerana pergeseran di antara parti politik tempatan menyebabkan hanya USNO dan SCA  membentuk kerajaan negeri.

Selepas itu ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pertubuhan Pasok-Momogun Kadazan Bersatu (UPKO) menyertai USNO yang akhirnya menyebabkan UPKO dibubarkan.  

Berdasarkan maklumat daripada buku  ’50 Tahun Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia’, USNO dan SCA terus bekerjasama dan memerintah Sabah sehingga muncul Parti Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) pada 1975.

Parti Berjaya telah memenangi Pilihan Raya Umum 1976 dengan menewaskan Parti Perikatan Sabah.

Selepas itu beberapa parti baharu telah muncul termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menumbangkan Berjaya pada 1985.

Kemasukan UMNO ke Sabah merupakan perkembangan terbaharu dalam era politik Sabah.

Dengan kemasukan UMNO ke Sabah, parti USNO telah dibubarkan dan Barisan Nasional (BN) yang terajui UMNO mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1994 sehingga 2018.

(Penulis adalah bekas wartawan kanan Berita Harian dan penerima anugerah kewartawanan tertinggi Sabah, Anugerah Kewartawanan Kinabalu kategori Bahasa Melayu pada 2006).

Hot this week

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Efficient water gravity system, upgrading Telibong Water Plant can solve  water shortage  in Inanam

Lewis... Residents are suffering, no rain means no water. Sungai...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Topics

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Efficient water gravity system, upgrading Telibong Water Plant can solve  water shortage  in Inanam

Lewis... Residents are suffering, no rain means no water. Sungai...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...

Teddy Chin appointed Tuaran Hakka Association’s Advisor

Lo (right) presenting to Teddy (centre) his letter of...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img