Tuesday, March 11, 2025
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Hajiji menyerahkan limau dan kepala singa kepada masyarakat Sina di Tuaran

Hajiji menitikkan dakwat ke mata kepala singa sebagai simbolik membuka mata kepala singa semasa penyampaian kepala singa dan limau mandarin kepada persatuan-persatuan masyarakat Tionghua dan tokong-tokong di daerah Tuaran pada Sabtu.

TUARAN :  – Ketua  Menteri,  Datuk Seri  Panglima  Haji  Hajiji  Haji  Noor   menyerahkan sumbangan  kotak  limau  mandarin  kepada  masyarakat Tionghua   sempena Tahun Baharu Cina, di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chen Sin, di sini, pada Sabtu.

Sempena majlis itu, Ketua Menteri turut menyerahkan kepala singa dan limau mandarin antaranya   kepada   tokong,   persatuan   singa,   persatuan   pesara   dan   persatuan masyarakat Cina di sekitar Tuaran.

Program   anjuran Lions Club Tuaran itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Dalit,  Datuk Jasnih Daya dan Pengerusi Pelaksana merangkap Presiden Lions Club Tuaran, Kapitan Frankie Goh.

Popular Articles