Thursday, July 24, 2025

Gaji minimum RM1,700 berkuatkuasa esok, beri manfaat 4.37 juta pekerja

KUALA LUMPUR : – Pelaksanaan gaji minimun RM1,700 sebulan yang akan berkuatkuasa mulai esok di seluruh negara akan memberikan manfaat kepada 4.37 juta pekerja.

Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dalam kenyataannya berkata, Perintah Gaji Minimum baharu ini adalah kepada majikan yang menggajikan lima pekerja atau lebih dan majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional tanpa mengambil kira bilangan pekerja yang digajikan majikan tersebut.

“Manakala, bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja, tarikh kuatkuasa akan bermula pada 1 Ogos ini.

“Ia bagi memastikan majikan diberi tempoh yang mencukupi untuk melakukan penyesuaian dalam struktur gaji dan operasi syarikat masing-masing,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pembentangan Bajet 2025 yang lalu, Kerajaan telah bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025

Dalam pada itu, Kesuma turut mengingatkan gaji minimum tidak sepatutnya dijadikan penanda aras gaji permulaan kepada semua pekerja khususnya siswazah dan para pekerja perlu diberi gaji setimpal berdasarkan kemahiran.

Kesuma juga menegaskan semua majikan diwajibkan untuk mematuhi Perintah Gaji Minimum ini dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.

Kegagalan mematuhi Perintah Gaji Minimum ini, katanya, merupakan satu kesalahan dan boleh didenda sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).

Jelasnya, bagi memastikan peralihan dapat berjalan lancar, Kesuma telah menyediakan beberapa inisiatif sokongan kepada majikan dan pekerja termasuk sesi libat urus diadakan untuk majikan bagi memahami pelaksanaan gaji minimum.

“Sebanyak 16 sesi libat urus dilaksanakan di seluruh negara melibatkan 1,109 penyertaan persatuan majikan, wakil industri, kesatuan sekerja dan wakil pekerja, agensi kerajaan dan pakar antarabangsa seperti International Labour Organisation (ILO).

“Saluran aduan dan pemantauan bagi pekerja yang menghadapi isu ketidakpatuhan menerusi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Jabatan Tenaga Kerja Sabah dan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak.

“Kerjasama dengan agensi berkaitan untuk memberi panduan dan bantuan kepada syarikat yang memerlukan penyesuaian dalam struktur gaji,’’ katanya.

Jelasnya, pelaksanaan Perintah Gaji Minimum ini merupakan salah satu pendekatan besar Kesuma dalam meningkatkan pendapatan kaum pekerja selain pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dan usaha merancakkan latihan kemahiran sebagai kaedah meningkatkan keberhasilan dan gaji pekerja.

Dengan pelaksanaan yang berkesan, bukan sahaja pendekatan-pendekatan ini dapat meningkatkan kesejahteraan pekerja, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. – scoop.my

Hot this week

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Efficient water gravity system, upgrading Telibong Water Plant can solve  water shortage  in Inanam

Lewis... Residents are suffering, no rain means no water. Sungai...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Topics

Sabah on the right track

Goh...Hajiji and his team deserve a strong mandate from...

Graviti air cekap, loji di Telibong mampu selesai isu air di Inanam: Lewis

Lewis Wong Sistem air graviti Kampung Kionsom kini ...

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...

Teddy Chin appointed Tuaran Hakka Association’s Advisor

Lo (right) presenting to Teddy (centre) his letter of...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img