Wednesday, July 23, 2025

Mangsa banjir di Pedalaman perlu bantuan segara

Mudi Dubing

PENSIANGAN : Kerajaan Negeri Sabah digesa untuk memberikan bantuan kecemasan dengan kadar segera kepada penduduk Sabah dikawasan Pedalaman untuk mengurangkan ancaman banjir disebabkan oleh hujan lebat yang berterusan.

Menurut Mudi Dubing yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Bahagian Warisan Pensiangan, Ketua Menteri Hajiji Mohd Noor juga sepatutnya memberikan arahan kepada pemimpin-pemimpin akar umbi seperti Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) yang berada dibawah kawal-selia Jabatan Ketua Menteri untuk dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk memastikan aliran sungai ataupun parit tidak membahayakan nyawa serta kediaman penduduk kampung.

“Merujuk kepada kesulitan yang dihadapi oleh penduduk kampung di Kg. Tuarid Taud, Keningau, hujan lebat yang berterusan telah mengancam beberapa buah rumah apabila air sungai yang meningkat dan mengalir dengan deras telah menghakis tebing sungai sehingga runtuh.

Saya telah diberitahu bahawa ancaman ini sebenarnya diketahui oleh UPPM Bingkor dan Jabatan Parit dan Saliran (JPPS) dan sejak beberapa tahun yang lalu, mereka telahpun membuat lawatan beberapa kali serta menjanjikan bantuan penambakkan batu/gabion namun menurut penduduk kampung, tidak ada sebarang kerja-kerja telah dibuat sehingga ke hari ini.

Antara pemilik rumah yang terkesan ialah saudara Raimin Rahimin dan beberapa rumah yang lain berhampiran dengan tebing sungai dan atas rayuan penduduk kampung yang terkesan.

,Penyelaras Warisan DUN Bingkor – Cikgu Benedict Martin Gunir telah menghulurkan sedikit bantuan 5 kotak gabion dan 1 trip batu besar’ demi untuk mengurangkan ancaman terhadap nyawa serta rumah kediaman penduduk disini.

Persoalan disini ialah mengapakah GRS tidak proaktif untuk membantu mengatasi masalah ancaman terhadap nyawa dan harta benda penduduk kampung dikawasan Pedalaman?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mudi juga mengatakan bahawa dia tidak setuju jika alasan kelewatan memasang gabion di Kg. Tuarid Taud ini ialah kerana Kerajaan Negeri Sabah tidak mempunyai peruntukkan secukupnya untuk membolehkan kerja-kerja dimulakan.

“Jika Ketua Menteri dan GRS boleh menggunakan jutaan ringgit untuk pelbagai jenis karnival dan perayaan dengan kanopi serta cabutan bertuah bernilai puluhan ribu ringgit, takkanlah pemasangan gabion ini tidak boleh dibuat?

Oleh yang demikian, saya menggesa agar Kerajaan Negeri menyemak dan meluluskan dengan kadar segera semua permohonan pemasangan gabion di tebing sungai serta lereng bukit yang berpotensi mengancam nyawa serta kediaman penduduk kampung dikawasan Pedalaman terutamanya dikawasan yang sering dilanda banjir.

Dan kita juga tahu bahawa perubahan iklim yang telah menyebabkan kadar hujan turun yang lebih tinggi di Negeri Sabah sejak beberapa tahun kebelakangan ini memberi gambaran kepada kita semua bahawa hakisan tebing sungai dan runtuhan tanah bukit akan menjadi lebih kerap dimasa hadapan.

Maka oleh yang demikian, saya akan mengusulkan kepada Ahli Majlis Tertinggi parti tentang keperluan untuk menjadikan kedua-dua isu ini sebagai agenda utama parti dan apabila Warisan membentuk Kerajaan Negeri yang baru, kita perlu pastikan Majlis Tindakan Daerah, UPPM dan JKKK melaksanakan tanggungjawab mereka untuk rakyat Sabah.

Hot this week

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...

Teddy Chin appointed Tuaran Hakka Association’s Advisor

Lo (right) presenting to Teddy (centre) his letter of...

Warisan Inanam approaches youth on 40 percent issue

Lewis Wong...hopes there will be good news when the...

Topics

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...

Teddy Chin appointed Tuaran Hakka Association’s Advisor

Lo (right) presenting to Teddy (centre) his letter of...

Warisan Inanam approaches youth on 40 percent issue

Lewis Wong...hopes there will be good news when the...

Warisan Inanam dekati golongan muda mengenai isu 40 peratus

Lewis Wong...Ramai golongan muda masih tidak tahu dan faham...

KDM denies 100 members from Kemabong joined Warisan

Willie Jude...Harris Bolos is no longer KDM member, he...

Bullies should face severe penalties, says KGKS president

Murkam...perpetrators to be apprehended and face appropriate consequences. KOTA KINABALU...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img