Sunday, June 22, 2025

Hari Kanser Sedunia 2025 “United by Unique”

Jannie Lasimbang…Bilangan kes dan kematian kanser dijangka meningkat menjelang 2050.

PENAMPANG – Setiap tahun, 4 Februari menandakan Hari Kanser Sedunia, satu acara global yang didedikasikan untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan tindakan kolektif dalam memerangi kanser.

Tahun ini amat penting, kerana ia menandakan 25 tahun sejak pemeteraian Piagam Paris Menentang Kanser, satu peristiwa penting dalam usaha seluruh dunia untuk memerangi penyakit itu.

Tema untuk 2025, “United by Unique” menekankan keperluan untuk mengiktiraf pengalaman unik setiap pesakit kanser dan kepentingan menyampaikan penjagaan berpusatkan rakyat, serta penyediaan penjagaan kesihatan, keluarga dan komuniti.

Pada 2022, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa Rantau Asia Tenggara menyaksikan 2.4 juta kes kanser baharu dan 1.5 juta kematian berkaitan kanser, termasuk 56,000 di kalangan kanak-kanak.

Bilangan kes dan kematian kanser di rantau ini dijangka meningkat sebanyak 85 peratus menjelang 2050, menandakan keperluan mendesak untuk strategi pencegahan dan rawatan kanser yang berkesan.

Kata Jannie Lasimbang, ADUN Kapayan “pada tahun 2021 ketika negara masih lagi dalam suasana COVID 19, beliau disahkan mengidap kanser payudara dan memulakan proses rawatan seperti kimoterapi, radioterapi dan pembedahan.

“Saya rasa bertuah kerana mendapat sokongan fizikal dan mental yang kuat daripada ahli keluarga dan kawan-kawan ketika dalam proses rawatan, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Sokongan mental dan rawatan yang konsisten sangat penting bagi pesakit kanser, oleh itu pencegahan dan rawatan awal sangat penting bagi membantu dalam mengurangkan bilangan kes dan kematian,” katanya.

Program pencegahan kanser tidak dilaksanakan sepenuhnya, mengakibatkan berjuta-juta kes yang boleh dielakkan semakin bertambah.

Diagnosis lewat, selalunya membawa kepada rawatan yang kurang berkesan dan lebih mahal.

Memandangkan perjuangan menentang kanser berterusan, adalah jelas bahawa usaha semua pihak sangat diperlukan. Kerajaan, penyedia penjagaan kesihatan dan komuniti mesti bekerjasama, untuk menangani peningkatan kejadian kanser dan memastikan semua orang, tanpa mengira latar belakang atau lokasi mereka, mempunyai akses kepada penjagaan dan rawatan yang mereka perlukan.

“Mari lah bersama-sama dan menjadi salah seorang yang menghentikan penyakit kanser ini daripada meningkat, ” katanya.

Tahun lalu, beliau telah banyak membuat program bersama dengan NGO, Wanita DAP dan komuniti dalam memastikan kesedaran dan pencegahan awal, terutama tentang kanser payudara dan pangkal rahim,  bukan saja di Penampang tetaapi di seluruh Sabah.

Jannie disaringan kanser payudara dan HPV PCR untuk kanser pangkal rahim di Penampang tahun lalu.

“Kami telah memberikan saringan untuk kanser payudara dan HPV PCR untuk kanser pangkal Rahim, ” katanya

Hot this week

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Topics

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img