Sunday, June 22, 2025

KKTP diminta naiktaraf kemudahan, prasarana Pekan Sipitang, Mesapol, Sindumin

Dr Yusof menyampaikan cenderahati kepada Dr Joachim.

Dr Yusof Yacob…Sipitang adalah laluan utama pelancong dari Brunei Darussalam, Indonesia dan pengunjung dari Sarawak jika ke negeri ini.

SIPITANG : – Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri diminta memberi tumpuan dan sokongan kepada usaha menaiktaraf kemudahan dan prasarana Pekan Sipitang, Pekan Mesapol dan Pekan Sindumin.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob membuat gesaan itu pada lawatan rasmi Timbalan Ketua Menteri II yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Sipitang, hari ini.

Menurutnya, ini sejajar dengan perancangan untuk menjadikan Sipitang sebagai bandar bersih dan indah.

Katanya, Sipitang merupakan laluan utama kepada pelancong dari Brunei Darussalam, Indonesia dan pengunjung dari Sarawak jika ke negeri ini.

“Justeru itu, jika ada permohonan untuk menaiktaraf dan pembangunan di Pekan Sipitang, Mesapol dan Sindumin, pihak kementerian diminta memberi perhatian untuk disokong.

“Jika kita tidak membuat perubahan sekarang bila lagi untuk manfaat warga Sipitang khususnya,” katanya.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata, ini juga sesuai untuk prmbangunan  Sipitang menjadi Pekan maju nanti menerusi pembangunan di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGİP).

Katanya, antara pembangunan yang turut dilaksanakan di SOGIP adalah pembinaan sebuah pelabuhan.

“Saya yakin adanya pembangunan di SOGIP, pendapatan majlis daerah akan menjana RM10 juta setahun,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mahu naiktaraf segera dilakukan terhadap Pasar Awam Sipitang disebabkan bangunan yang ada sudah lama.

Katanya, penyediaan tapak tamu baharu juga harus diambil tindakan disebabkan tapak tamu yang digunakan sekarang di Top Ten tidak sesuai.

“Lokasi sesuai Tapak Tamu baharu perlu diputuskan. Cari tapak sesuai antara di kawasan antara Pekan Sipitang dengan Jalan Bypass,” katanya.

Menurutnya, wang hasil Majlis Daerah Sipitang berjumlah RM18 juta harus digunakan untuk rakyat.

“Tidak ada guna duit ini disimpan di bank dan kita tahu majlis daerah ada pungutan hasil setiap tahun,” katanya.

Dr Yusof juga berkata, kawasan rekreasi dan pelancongan di daerah ini berasaskan komuniti juga harus dinaiktaraf untuk menarik kehadiran pengunjung dan menjana pendapatan penduduk setempat.

Beliau berkata, sudah sampai masanya satu pelan utama (master plan) dibuat untuk pembangunan daerah Sipitang yang boleh dijadikan rujukan untuk tempoh lima hingga 10 tahun.

Ketika ini, katanya, projek pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Pekan di daerah ini dibuat tanpa perancangan.

“Ini menyebabkan projek pembangunan yang dilaksanakan secara segera (adhoc),” kata Dr Yusof.

Hadir sama, pembantu menteri KKTP Datuk Isnin Aliasnih, Setiausaha kementerian Datuk Dr Jamili Nais, Pegawai Daerah Sipitang Abd Karim A.M Razak, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Sipitang Hamsad Abdul Wahid dan Ketua Polis Daerah Sipitang Supt Awang Anak Suanda.

Hot this week

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Topics

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img