Wednesday, July 23, 2025

Cuba seludup barang kawalan ke Filipina, 3 warga asing ditahan Maritim Malaysia

Bot yang digunakan untuk menyeludup barang ke negara jiran.  – Gambar Maritim Malaysia

KUDAT : –  Cubaan tiga warga Filipina untuk menyeludup keluar barang kawalan  dari  perairan  negara  berjaya  digagalkan  oleh  Agensi  Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat di perairan Kudat, awal pagi semalam.

Pengarah  Zon  Maritim  Kudat,  Komander  Maritim  Hasbullah Omar  dalam satu kenyataan hari ini berkata, kejayaan itu adalah hasil maklumat risikan Unit Perisikan Zon Maritim Kudat yang mengesan  aktiviti  pemunggahan  minyak  dan  barang  kawalan  di  sekitar  perairan tersebut sekitar pukul 12.13 tengah malam.

Bertindak atas maklumat tersebut, aset rondaan Maritim Malaysia segera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemantauan.

Setibanya di lokasi berkenaan, sebuah bot mencurigakan  dikesan  berada  di  kedudukan  kira-kira  4.2  batu  nautika timur  laut Pulau Tiga dan dipercayai sedang menuju ke perairan sempadan Malaysia-Filipina.

Beliau berkata, pihaknya segera bertindak memintas bot berkenaan dan melakukan pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan mendapati bot itu membawa enam tong berwarna biru berisi minyak petrol, 100 pek tepung gand um, dan 120 pek gula yang dipercayai untuk d iseludup keluar.

“ Pemeriksaan   lanjut   turut   mendapati   tiga   individu   yang   mengendalikan   bot berkenaan merupakan warga Filipina berusia antara 20 hingga 21 tahun dan ketiga- tiga mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan d iri yang sah,” tambahnya.

Suspek bersama bot dan kesemua barang rampasan kemudiannya di bawa ke Jeti Marina Kudat untuk tindakan lanjut.

Anggaran keseluruhan nilai rampasan, termasuk bot yang digunakan, adalah lebih RM21 rib u.

Kes  d isiasat  di  bawah  Akta  Kawalan  Bekalan  1961  kerana  membawa  barang kawalan tanpa permit sah, Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara tanpa dokumen  perjalanan  yang  sah,  serta  Enakmen  Pelabuhan  dan  Dermaga  Sabah (JPDS) 2002.

Dalam  pada  itu,  Zon  Maritim  Kudat  menyeru  masyarakat,  khususnya  komuniti maritim  di  kawasan  perairan  Kudat,  agar  bekerjasama  dengan  pihak  berkuasa dalam membanteras aktiviti penyelud upan dan jenayah maritim.

Sebarang maklumat berkaitan boleh d isalurkan melalui talian Pusat Operasi Kudat di 088-611858 atau talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam.

Hot this week

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...

Teddy Chin appointed Tuaran Hakka Association’s Advisor

Lo (right) presenting to Teddy (centre) his letter of...

Topics

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...

Teddy Chin appointed Tuaran Hakka Association’s Advisor

Lo (right) presenting to Teddy (centre) his letter of...

Warisan Inanam approaches youth on 40 percent issue

Lewis Wong...hopes there will be good news when the...

Warisan Inanam dekati golongan muda mengenai isu 40 peratus

Lewis Wong...Ramai golongan muda masih tidak tahu dan faham...

KDM denies 100 members from Kemabong joined Warisan

Willie Jude...Harris Bolos is no longer KDM member, he...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img