Sunday, June 22, 2025

Penduduk Kg Sim Sim disaran mempunyai sekurang-kurangnya satu unit pemadam api

Fauzi Lahap ( 4 kiri) serah cek sumbangan dari PEMASSA kepada keluarga Mardinah Jikur.

.SANDAKAN  :  – Penduduk yang tinggal di rumah atas air di Kampung Sim-Sim, disini disaran mempunyai sekurang-kurangnya satu unit pemadam api satu rumah bagi kegunaan kecemasan. 

Naib Presiden SAPP dan Pengerusi CLC Tanjung Papat, Kapitan Thomas Lau berkata, pemadam api amat berguna untuk mengawal api kecil daripada merebak sekaligus menyebabkan kemusnahan besar bagi perkampungan atas air. 

Jelas beliau, ini juga dapat menyelamatkan nyawa serta harta benda mangsa terlibat.

Beliau yang juga Penasihat Persatuan Media Sandakan, Sabah (PEMASSA) berkata demikian selepas melawat kediaman keluarga Wartawan Daily Express, Madinah Jikur,  yang juga Setiausaha PEMASSA yang terlibat dalam kebakaran di Jambatan 22, Kampung Sim-Sim pada Sabtu.

Kebakaran itu berlaku pada 4 Februari lepas dimana sebuah bilik dilapor terbakar 10 peratus.  Penghuninya yang juga ayah dan abang Mardinah berjaya memadam kebakaran itu menggunakan pemadam api yang ada di rumah mereka. 

Turut membantu jiran mereka sebelum ketibaan pihak Bomba untuk memastikan api tidak merebak ke bangunan lain.

Seramai 12 penghuni rumah termasuk dua  warga emas iaitu ibubapa Mardinah dan tujuh dewasa serta tiga kanak-kanak dilapor selamat dalam kejadian itu. 

Bilik berkenaan menempatkan sebuah kedai runcit kampung yang berada di hadapan rumah mereka. 

Dalam pada itu, Thomas merakam penghargaan kepada semua pihak yang membantu iaitu jiran dan pihak Bomba yang tiba pantas di lokasi dengan dua jentera dan 14 anggota.

Pihaknya juga akan membantu keluarga itu bagi kos baikpulih yang diperlukan bagi memastikan kawasan terbakar siap dibaiki semula dan membantu ayah serta abang Mardinah yang mengusahakan kedai runcit kampung itu dapat meneruskan aktiviti seperti biasa.

Hadir sama pada lawatan itu Pengerusi PEMASSA, James Leong, Timbalan Pengerusi PEMASSA, Fauzi R Lahap dan Bendahari PEMASSA, Winnie Kasmir.

PEMASSA turut menyampaikan sumbangan kebajikannya kepada keluarga Mardinah yang juga tinggal bersama ibubapa dan ahli keluarganya di rumah itu.

Mardinah mewakili keluarganya merakam penghargaan dan terima kasih atas bantuan diberikan itu dan semua pihak yang prihatin.

Hot this week

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Topics

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img