SPRM tahan seorang penguatkuasa disyaki minta dan terima rasuah RM11,000

KOTA KINABALU: – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah  telah menahan seorang pembantu penguat kuasa sebuah agensi kerajaan salah satu daerah di negeri ini disyaki meminta dan menerima rasuah.

Wang  kira-kira RM11,000 itu daripada sebuah syarikat sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap lori milik syarikat tersebut yang melakukan kesalahan jalan raya.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 30-an itu telah ditahan kira-kira jam 4.30 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut dari Januari 2023 hingga Oktober 2024.

“Suspek juga disyaki menerima suapan secara bulanan antara RM450 hingga RM550 melalui transaksi pindahan ke akaun bank miliknya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun tambah beliau, suspek ditahan selama 24 jam dan dilepaskan selepas keterangan diambil dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Hot this week

Cardinal Robert Prevost – Pope XIV

VATICAN CITY (Reuters) - Robert Prevost, the choice of...

New chapter for Sabah journalism as first woman takes the helm of SJA

Mariah Doksil...First woman president of the Sabah Journalists Association KOTA...

PBT berperanan penting sebagai Kerajaan Peringkat Ketiga – Dr Joachim

PUTATAN : - Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri...

Sabah Wushu team gears up for national youth tournament

Negeri Sembilan here we come … Chin Kim Hiung...

275 tiang elektrik akan dipasang di 13 kampung di DUN Sindumin

Dr Yusof menyaksikan Madius menandatangi plak, simbolik perasmian Pejabat...

Topics

How many more journalists must die, RSF?

Rocky Bru...Despite killing over 200 journalists in Gaza, Israel...

Don’t expect Francis’ clone, every pope brings his own calling

Fr Gerard emphasised that each pope brings with him...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img