Tuesday, April 22, 2025

Pengerusi JKKK di DUN Sindumin perlu jalankan amanah diberikan tanpa dibatasi fahaman politik – Dr Yusof

Dr Yusof menyampaikan watikah pelantikan kepada salah seorang Pengerusi JKKK baru bagi DUN Sindumin.

SIPITANG :  – Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) bagi Dewan Undangan Negeri Sindumin perlu menjalankan amanah yang diberikan tanpa dibatasi fahaman politik demi kemajuan kampung dan kebajikan penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, Pengerusi JKKK merupakan pemimpin penting di peringkat akar umbi yang dilantik oleh Kerajaan Negeri sebagai satu-satunya badan penting di peringkat kampung menjaga kemajuan dan keselamatan kampung.

“Justeru itu, mereka yang terpilih harus melaksanakan tugas dengan baik dengan mengikut apa yang telah digariskan dan tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan,” katanya pada Majlis Penyerahan Watikah Lantikan kepada 35 Pengerusi JKKK bagi DUN Sindumin di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata, antara perkara-perkara yang harus dilaksanakan adalah mengadakan mesyuarat JKKK sebulan sekali dan mengadakan dialog dengan penduduk kampung bagi mendengar cadangan memajukan kampung.

Menurutnya, Pengerusi JKKK atau Setiausaha juga harus mahir menggunakan komputer atau komputer riba agar mudah untuk mereka membuat minit mesyuarat atau membuat surat permohonan dan sokongan.

Katanya, semua Pejabat ADUN Sindumin telah menyediakan komputer riba dan mesin pencetak kepada semua 62 JKKK untuk mereka mudah menjalankan urusan pentadbiran.

Dr Yusof berkata, beliau telah meminta Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Sindumin untuk melaksanakan kursus kepada semua JKKK yang baru dilantik dan dilantik semula mengenai peranan dan tanggungjawab mereka agar dapat melaksanakan tugas dengan baik.

Menyentuh mengenai lantikan Pengerusi JKKK yang baru, beliau berkata, ia dibuat menerusi nama-nama yang dicadangkan oleh Ketua-Ketua Bahagian Parti Komponen Gagasan Rakyat Sabah-Pakatan Harapan Plus bagi DUN Sindumin.

“Biarpun sebagai wakil rakyat mempunyai mandat untuk memilih, saya serahkan kepada parti komponen untuk mencadangkan nama-nama individu yang layak dan jika ada beberapa nama, barulah saya menggunakan mandat untuk memilih individu yang layak,” kata beliau.

Hot this week

Sandakan gearing up for Visit Malaysia 2026

SANDAKAN : - President of Sandakan Municipal Council (MPS)...

Ahli Majlis PBT perlu main peranan aktif majukan daerah – Hendrus

KOTA MARUDU : - Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan...

Joniston: Call for Sabah and Sarawak collaboration in cultural tourism

Datuk Joniston Bangkuai with Sarawak Deputy Minister of Youth,...

KDM set to generate a “green wave” effect in PBS and STAR’s stronghold in PRN

Dr Kanul Gindol...the political landscape in Sabah is unpredictable...

Sustainable Tourism and Conservation Efforts in Kinabatangan Remain KiTA’s Core Focus

Group Photo of President, Johnny (front, second left);Past President,...

Topics

Qhazanah Sabah Hari Raya celebration

The Qhazanah Sabah Group of Companies held its Hari...

Joniston joins Muslims and Christians celebrating Hari Raya and Easter in Kg Parad

Datuk Joniston Bangkuai greets villagers during the joint Hari...

Christina Liew gagal pertahan jawatan Ketua Cabang Keadilan Kota Kinabalu

KOTA KINABALU : - Nama yang kurang dikenali Lee...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img