Wednesday, July 23, 2025

Madius: Jadikan MA63 sebagai asas pembinaan negara bangsa Malaysia yang bersatu padu

Kefahaman dan penghayatan MA63 terlalu rendah kerana perkara ini tidak dimuatkan sepenuhnya ke dalam buku teks sejarah yang digunakan dalam sistem pendidikan negara.

KUALA LUMPUR : – Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran) menyarankan kerajaan khususnya Kementerian Perpaduan untuk menjadikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai tonggak dan asas utama pembinaan negara bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Menurutnya, rakyat majmuk Malaysia bergelumang dengan isu kaum dan agama yang tidak berkesudahan malah bertambah buruk dari hari ke hari terutama di Wilayah Persekutuan Tanah Melayu.

“Orang-orang politik di Persekutuan Tanah Melayu enjoy mengangkat isu-isu berbaur agama dan kaum lalu menjadi hero dan juara kaum tetapi perpaduan dan keharmonian kaum tergadai dan pembangunan ekonomi tergugat.

“Di Sabah kalau ada upacara pengebumian di gereja, adalah menjadi kebiasaan orang Islam hadir sama. Sebab yang hadir itu bukan sahaja sahabat handai tetapi juga saudara mara, malah tidak kurang juga yang merupakan adik beradik dengan si mati tapi berlainan agama. Inilah Gaya hidup orang Sabah.

“Tetapi di Persekutuan Tanah Melayu, kerana ketagih undi politik, mereka cuba menjadi hero menjadi champion memainkan sentimen agama dan kaum,” katanya ketika berucap dalam sesi perbahasan dalam Persidangan Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.

Menurutnya, kefahaman dan penghayatan MA63 terlalu rendah kerana perkara ini tidak dimuatkan sepenuhnya ke dalam buku teks sejarah yang digunakan dalam sistem pendidikan negara.

“Memang benar kita ada Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai tunggak membina generasi anak-anak Malaysia yang bersatu padu namun penghayatan dan amalan Rukun Negara sangatlah rendah.

“Oleh yang demikian, saya menggesa Kementerian Perpaduan meletakkan MA63 sebagai asas dalam membentuk masyarakat Malaysia yang lebih harmoni dan bersatu padu termasuk memastikan perjanjian MA63 dimuatkan secara menyeluruh ke dalam buku teks sejarah sistem pendidikan negara,” jelasnya.

Terkait dengan ini katanya, syabas dan tahniah diucapkan kepada Kerajaan Sarawak kerana telah menubuhkan Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) di bawah Jabatan Premier Sarawak.

Ujar Madius, unit tersebut telah ditubuhkan hampir satu dekad yang lalu hasil cetusan ilham mantan Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Haji Adenan Satem.

“Objektif utama penubuhan unit ini adalah sebagai penghubung antara Masyarakat Islam dengan bukan Islam bagi mengeratkan lagi persefahaman dan keharmonian.

“Saya fikir mungkin ini yang cuba disampaikan oleh Yang Berhormat Raub dalam perbahasan beliau baru-baru ini.

“Tapi mungkin tidak perlulah sampai menubuhkan kementerian kerana ia akan melibatkan kos yang besar dan tidak sesuai dikala negara masih berhadapan dengan kadar keterhutangan yang tinggi.

“Pandangan Tuaran, penubuhan unit seperti di Sarawak ini merupakan satu penanda aras yang baik untuk dipertimbangkan oleh kerajaan,” jelas Madius lagi.

Hot this week

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...

Teddy Chin appointed Tuaran Hakka Association’s Advisor

Lo (right) presenting to Teddy (centre) his letter of...

Topics

A new wheel chair for senior citizen from Azis Jamman

Inanam Warisan officer Lewis Wong (2nd left) with other...

Align community-based tourism with global trend – Joniston

Joniston at the Program Jejak Kanser at Pekan Kiulu KIULU...

Anak Negeri calls for urgent re-audit and reform of underperforming Sabah state GLC

Trevor...Sabahans especially the young generation, deserve a better future...

Sabah must prioritise passengers safety and dignity at KKIA

Chin...use of aerobridge should be enforced at all Sabah...

Teddy Chin appointed Tuaran Hakka Association’s Advisor

Lo (right) presenting to Teddy (centre) his letter of...

Warisan Inanam approaches youth on 40 percent issue

Lewis Wong...hopes there will be good news when the...

Warisan Inanam dekati golongan muda mengenai isu 40 peratus

Lewis Wong...Ramai golongan muda masih tidak tahu dan faham...

KDM denies 100 members from Kemabong joined Warisan

Willie Jude...Harris Bolos is no longer KDM member, he...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img