Saturday, May 31, 2025

Suara kebencian berbaur agama

Madius…ramai rakyat Sabah, Sarawak kesal membentuk negara Persekutuan Malaysia

KUALA LUMPUR: Sesi Persidangan Parlimen Dewan Rakyat pada Isnin digegarkan dengan pendedahan Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran) terhadap kekesalan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap Pembentukan Malaysia 1963 akibat sentimen perkauman dan keagamaan yang disifatkan semakin keterlaluan.

Menurutnya, walaupun pengumuman Menteri Agama berkaitan garis panduan dan Peraturan untuk orang-orang Islam telah ditolak Jemaah Kabinet pimpinan Perdana Menteri 07 Februari 2025, namun masih ada suara-suara sumbang yang mempersoalkan keputusan tersebut.

“Suara-suara seperti ini ibarat menabur bibit-bibit perpecahan dan sengaja memanjangkan kekeliruan dalam masyarakat majmuk Malaysia.

“Malah suara kebencian berbaur agama seperti inilah yang menyebabkan rakyat Sabah dan Sarawak merasa kesal membentuk negara Persekutuan Malaysia.

“Ramai yang berkata “the Malaysia of today is not the Malaysia that we have agreed to form under the Malaysia Agreement 1963. To us in Sabah MA63 are encapsulated in the Batu Sumpah Keningau where it says … agama bebas dalam Sabah…”.

“Dan tidak kurang  juga yang berkata bahwa “wilayah kita yang terkaya dari segi sumber asli namun kita yang tersorot paling miskin”

“Dan ada yang berkata “elok kita bersendirian macam Singapura,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah ucapan di Raja, di sini.

Madius menambah, Singapura negara berbilang kaum dan agama, namun tetap sepakat berpadu yang menyaksikan perbezaan agama dan kaum bukan penghalang dan pemisah perpaduan.

Malah dari segi ekonomi katanya,  Singapura dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita  USD 84,000 sudah mencapai status negara dunia pertama.

“Bayangkanlah perasaan orang Sabah apabila KDNK per kapita Sabah masih pada tahap USD5,000 dan Malaysia pada tahap USD12,000 berbanding dengan Singapura and we are running on the spot with no progress year after year,”  tegasnya.

Terdahulu Madius turut menekankan perkara 23 Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen bahawa: “Malaysia akan terus kukuh atas semangat kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri”.

Katanya, titah tersebut jelas membayangkan rasa gusar Tuanku tentang keutuhan dan kesatuan Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan.

“Kegusaran Tuanku diperkukuhkan lagi dengan ketegasan titah baginda bahawa: “Setiap tindakan dan keputusan mestilah dibincang secara sepakat demi masa depan rakyat dan negara” dan Tuaran sangat bersetuju malah menjunjung kasih Tuanku kerana dapat merasai nadi rakyat tentang betapa kritikalnya kesatuan negara Persekutuan Malaysia pada ketika ini.

“Justeru pengumuman Menteri Agama di Dewan Yang Mulia ini pada 4 Februari lalu adalah antara contoh tindakan dan keputusan yang belum pun ada kesepakatan tetapi sudah diumumkan.

“Tindakan tersebut juga jelas bertentangan dengan tata kelola yang baik demi memelihara keutuhan dan kesatuan negara Persekutuan Malaysia seperti yang dititahkan oleh Tuanku iaitu “mesti dibincang secara sepakat.”

“Ini bererti, setiap cadangan dasar, program dan garis panduan hendaklah dibentangkan dan diluluskan oleh Jemaah Kabinet sebelum diumumkan,” kata Madius.

Hot this week

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Topics

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Pak Mus’ good pisang goreng comes from making it with love

By C C PungJustice of Peace Had ikan bakar, soto...

Corruption not tackled through perception, slander or insults – Anwar

Anwar arriving at Hongkod Koisaan to officiate the Sabah...

Stella Marris Kindergarten Kaamatan Celebrations

Sr Lucy (middle) with TSM teachers and pupils who...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img