Sunday, June 22, 2025

George Hiew mengagihkan 300 beg sekolah kepada murid murid 8 sekolah rendah

SANDAKAN : – Bagi meringankan beban keluarga kurang berkemampuan dalam persiapan sesi persekolahan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, mengagihkan 300 beg sekolah kepada lapan sekolah rendah di kawasan Karamunting menerusi program ‘Kembali ke Sekolah’.

Beg sekolah itu akan disalurkan kepada pelajar yang memerlukan melalui pihak sekolah masing-masing.

George berkata, inisiatif ini bertujuan memastikan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan dapat bersekolah tanpa terbeban dengan masalah kewangan.

“Pendidikan adalah kunci perubahan masa depan. Saya berharap sumbangan ini dapat memberi semangat dan motivasi kepada anak-anak untuk terus belajar dengan lebih baik,” katanya.

Wakil sekolah penerima menyambut baik usaha itu, menyatakan bahawa sumbangan ini bukan sahaja meringankan beban ibu bapa tetapi turut mencerminkan keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan pelajar.

Selain bantuan beg sekolah, George yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah DUN Karamunting turut menyalurkan dana kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah rendah terbabit bagi memperkasa peranan PIBG dalam membantu pelajar yang memerlukan.

Empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan empat Sekolah Kebangsaan (SK) terlibat dalam program ini, dengan pemilihan penerima dibuat oleh pihak sekolah sebelum disahkan oleh pejabat ADUN Karamunting.

Hot this week

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Topics

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img