Saturday, June 21, 2025

Mengapa naik taraf jalan Kampung Togop – Poturidong belum dilaksanakan?

Madius…projek itu diumum mantan Perdana Menteri pada 2018.

KUALA LUMPUR : – Suara rakyat Tuaran terus diperjuangkan Ahli Parlimennya Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dalam menuntut janji – janji pembangunan yang diumumkan pemimpin negara terdahulu.

Dalam sesi Soalan Lisan Persidangan Parlimen Dewan Rakyat di sini, beliau sekali lagi meminta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memberi penjelasan berhubung penaiktarafan jalan Kampung Togop – Poturidong Kiulu.

“Mengapa Kementerian masih belum melaksanakan penaiktarafan jalan Kampung Togop-Hamad-Tomis Baru-Kitapol-Tibabar-Poturidong walaupun kelulusannya telah diumumkan mantan Perdana Menteri semasa lawatannya ke Kiulu pada 22 Mac 2018 dengan peruntukan RM100 juta.”

“Apakah status terkini terhadap kelulusan itu dan apakah inisiatif KKDW bagi menaik taraf jalan tersebut,” tegasnya.

Dalam pada itu KKDW dalam satu Jawapan Bertulis memaklumkan, kementerian berkenaan telah mengemukakan permohonan projek Menaik Taraf Jalan Tamparuli Togop – Hamad Kitapol Tibabar, Tuaran, Sabah di bawah Rolling Plan Kelima (RP5), Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe12) Tahun 2025.

“Skop projek ini adalah menaik taraf jalan sepanjang 25 kilometer dengan spesifikasi JKR R2 dan membina tiga buah jambatan.

“Walau bagaimanapun, permohonan ini tidak mendapat kelulusan Kementerian Ekonomi,” jelas KKDW.

Dalam Soalan Lisan yang berkaitan, Madius turut meminta kementerian itu memberi penjelasan terhadap perancangan membina dan menaik taraf Jalan Pekan Nabalu-Giuk-Sinulihan-Pahu Kiulu.

“Jalan ini penting sebagai laluan utama penduduk dan murid ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabalu yang kini dalam proses pembinaan di tapak yang baharu,” katanya.

Menurut KKDW, pihaknya telah mengemukakan permohonan projek Menaik taraf Jalan Sinulihan Pahu – Giuk Nadau – Nabalu di bawah RP5, RMKe-12 Tahun 2025.

“Skop projek ini adalah menaik taraf jalan sepanjang 16 kilometer mengikut spesifikasi JKR R2 dan membina sebuah jambatan.

“Walau bagaimanapun, permohonan projek ini juga tidak diluluskan oleh Kementerian Ekonomi.”

Terdahulu KKDW turut memberitahu, setiap perancangan membina dan menaik taraf jalan luar bandar di semua negeri termasuk di Sabah merupakan tanggungjawab Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan mengemukakan senarai permohonan projek-projek jalan luar bandar mengikut keutamaan kepada kementerian ini.

“KKDW seterusnya akan mengangkat permohonan tersebut kepada Kementerian Ekonomi pada setiap Rolling Plan (RP) untuk kelulusan,” tambah kementerian itu lagi.

Madius ketika dihubungi hari ini turut menyatakan kekecewaan terhadap jawapan yang diterima.

“Rakyat telah tertunggu-tunggu sekian lama agar jalan-jalan ini dinaiktaraf untuk memudahkan mereka untuk melakukan perjalanan termasuk memasarkan hasil pertanian bagi menjana pendapatan ke pekan dan bandar berdekatan.

“Selain itu, jalan-jalan ini merupakan laluan utama ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah.

“Namun saya tidak berputus asa, saya telah menghubungi Pengarah JKR Tuaran dan Pengarah UPEN Sabah agar dapat meletakkan permohonan naik taraf jalan ini diberi keutamaan.

“Diharapkan agar permohonan kali ini diterima oleh Kementerian Ekonomi memandangkan jalan-jalan yang baik juga merupakan faktor penting dalam usaha menoktahkan kemiskinan,” jelas Madius.

Hot this week

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Topics

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...

Is it good journalism to accept AirAsia’s media discount?

As the media debates ethics over AirAsia’s 50% offer...

Corruption – givers and takers should all go to jail

By C C PungJustice of Peace If I was asked...

Native Court Training Institute in Penampang: A Multi-Million Ringgit White Elephant?

PENAMPANG : – Dr. Edwin Bosi, former Assemblyman for...

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img