Friday, July 18, 2025

PBS terus konsisten perjuang hak rakyat Sabah

. Joachim (sembilan dari kiri), Marsya (tengah) serta ahli PBS yang hadir melaungkan laungan ‘Bersatu’ dalam majlis itu.

KOTA KINABALU : – Parti Bersatu Sabah (PBS) menegaskan pendiriannya untuk terus memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah, sejajar dengan peranannya sebagai parti politik tertua di negeri ini sejak 40 tahun lalu.

Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, parti itu kekal konsisten dalam mempertahankan hak istimewa rakyat Sabah dan komited terhadap prinsip politik berbilang kaum.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penubuhan Bahagian PBS Darau dalam satu majlis di Zenia Steamboat dan Grill, Sepanggar, malam tadi.

Majlis itu dihadiri kira-kira 300 orang, termasuk pemimpin tertinggi parti dan ahli-ahli PBS.

Menurut Dr. Joachim, selain memperjuangkan hak rakyat, PBS juga bertekad untuk memastikan pembangunan negeri serta kesejahteraan rakyat Sabah setanding dengan negeri-negeri maju di Semenanjung.

“Kita mahu kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, jalan raya, pendidikan dan perkhidmatan kesihatan yang setaraf dengan di Semenanjung,” katanya.

Beliau turut mengajak ahli PBS Darau untuk menghayati kembali Semangat 85 yang menjadi asas perjuangan parti sejak penubuhannya.

Dalam pada itu, Dr. Joachim mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Marsya @ Norhaizah Abu Bakar atas kejayaannya menghidupkan semula PBS Darau dan berharap bahagian tersebut terus kukuh serta memberi komitmen sepenuhnya kepada parti.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Presiden PBS, Datuk Johnny Mositun yang juga Pengerusi Tetap mesyuarat, Ketua Pergerakan Pemuda Dr. Christoper Mandut, Setiausaha Eksekutif PBS Mesilus Roman, serta Ahli-ahli Majlis Tertinggi.

Hot this week

New home brings relief to OKU. couple in Kiulu

Joniston handing over SMJ house key to Hendary. Also...

Support for the proposed Chief Minister term limit reform in Sabah

Datuk James Ligunjang...The proposal to limit the Chief Minister’s...

KDM’s Voo ready to face Datuk Ruben in Kemabong

Willie presenting appointment letter as KDM coordinator for Kemabong...

Sampah di Jalan Sungai Batang tidak dikutip hampir satu bulan

SANDAKAN : - Penduduk di Jalan Sungai Batang ,...

PBS, STAR should prioritise youth aspirations in choosing candidates for 2025 State Elections

Prem Bechile Kitingan KOTA KINABALU : - The leadership of...

Topics

New home brings relief to OKU. couple in Kiulu

Joniston handing over SMJ house key to Hendary. Also...

Support for the proposed Chief Minister term limit reform in Sabah

Datuk James Ligunjang...The proposal to limit the Chief Minister’s...

KDM’s Voo ready to face Datuk Ruben in Kemabong

Willie presenting appointment letter as KDM coordinator for Kemabong...

Sampah di Jalan Sungai Batang tidak dikutip hampir satu bulan

SANDAKAN : - Penduduk di Jalan Sungai Batang ,...

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img