Sunday, June 22, 2025

Keahlian Shahelmey dalam UMNO digantung kerana khianati parti

Bung Moktar:  Pemimpin mengkhianati parti tidak akan dipilih bertanding di bawah panji UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.

KOTA KINABALU : – Keahlian Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya dalam UMNO digantung kerana mengkhianati perjuangan dan mandat parti.

Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata penggantungan keahliannya bukan disebabkan sokongannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

“Penggantungan keahlian Datuk Shahelmey bukan disebabkan sokongannya kepada Datuk Hajiji Noor, tetapi kerana tindakan beliau yang mengkhianati perjuangan dan mandat parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Saya ingin memberikan maklum balas terhadap kenyataan Datuk Shahelmey Yahya yang ingin menyemak status keahliannya dalam UMNO.”

Bung Mokhtar menjelaskan bahawa UMNO sebagai sebuah parti yang berprinsip tidak akan berkompromi dengan mana-mana ahli atau pemimpin yang tidak setia kepada perjuangan parti.

Katanya, setiap ahli UMNO harus sedar bahawa keahlian dalam parti ini datang dengan tanggungjawab dan disiplin.

“Setia kepada perjuangan UMNO ini bermakna bermakna harus mematuhi dasar dan keputusan parti,” tegasnya.

Apabila seseorang mengkhianati mandat yang diberikan oleh parti, ia adalah satu pelanggaran serius yang tidak boleh dipandang ringan.

‘Justeru, saya berpandangan bahawa Majlis Tertinggi UMNO perlu bertegas dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang tidak menunjukkan kesetiaan kepada parti.”

“Sekiranya ada pihak yang hanya mahu menyemak keahlian semata-mata kerana ingin bertanding dalam pilihan raya, maka UMNO harus bertegas bahawa parti ini tidak memerlukan pemimpin yang tidak setia,” katanya.

Bung Moktar menegaskan bahawa UMNO Sabah jelas dalam pendiriannya – “kami tidak akan memilih atau menyokong mana-mana pemimpin yang telah mengkhianati parti untuk bertanding di bawah panji UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.”

Katanya, kesetiaan dan keikhlasan dalam perjuangan adalah asas utama dalam UMNO, dan mereka yang gagal mematuhinya tidak mempunyai tempat dalam panji panji parti ini pada Pilihan Raya nanti.

Hot this week

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Topics

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img