Sunday, June 1, 2025

Kuasa Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak lantik Hakim Mahkamah Tinggi perlu dikembalikan

Madius…kuasa Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak untuk melantik Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dimansuhkan melalui Pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1994.

KUALA LUMPUR: Pindaan terhadap Perkara 122AA Perlembagaan Persekutuan berkaitan Keanggotaan Mahkamah Tinggi perlu diperbetulkan dan dikembalikan kepada asal.

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, pindaan tersebut yang dilaksanakan di Dewan Rakyat pada tahun 1994 tidak berdasarkan seperti yang termaktub dalam Jawatankuasa antara kerajaan (IGC) dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Mengikut IGC dan MA63, sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan Sabah dan Sarawak perlu mendapat persetujuan (consent) daripada kedua-dua kerajaan Wilayah Borneo ini.

“Walau bagaimanapun Kerajaan Persekutuan pada ketika itu telah meminda perkara tersebut tanpa mendapat consent dari Sabah dan Sarawak. Oleh sebab itu, pada hari ini status pindaan tersebut tergantung kerana tidak memenuhi kehendak MA63 khususnya laporan IGC,” katanya.

Madius berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 2025 pada Persidangan Parlimen Dewan Rakyat, di sini, pada Selasa.

Untuk rekod, pindaan Perkara 122AA menyebabkan kuasa Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak untuk melantik Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dimansuhkan melalui Pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1994.

Madius berkata, semasa pertanyaan beliau tentang status Pindaan Perlembagaan yang tidak memenuhi kehendak MA63 di Dewan Rakyat sebelum ini, bekas Menteri Undang – Undang yang kini merupakan Yang Dipertua Negeri Sarawak mencadangkan status pindaan itu dirujuk ke mahkamah.

“Pada Tuaran, setiap kesilapan di Dewan Yang Mulia ini harus diselesaikan oleh Dewan ini juga dan bukannya dirujuk kepada mahkamah.

“Oleh sebab itu seperti mana RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 yang bertujuan untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen ke versi asal, Perkara 122AA juga sepatutnya boleh dikembalikan dan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak diberikan semula melantik Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut menyatakan sokongan penuh agar terhadap  RUU Akta Perlembagaan (Pindaan) 2025 dan meminta  kedua-dua pihak pembangkang dan penyokong kerajaan menyokong RUU tersebut.
“Pindaan Perlembagaan Persekutuan ini akan membolehkan Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang dimansuhkan semasa pindaan tahun 1992 akan dikembalikan kepada versi asal.

“Inilah yang saya katakan perkara yang perlu diperbetulkan, kita kembalikan kepada asal. Tahniah Kerajaan Madani dan Kerajaan Perpaduan.

“Namun Dewan yang mulia ini harus diperingatkan bahawa pindaan perlembagaan yang dibuat pada 1992 itu jangan lagi diulangi generasi akan datang.

“Saya juga mencadangkan supaya Kerajaan Madani melipatgandakan usaha melalui program-program berimpak tinggi supaya kesedaran rakyat tentang kandungan Perlembagaan Persekutuan dapat ditingkatkan,” tambah Madius.

Hot this week

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Topics

Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025

Atitih (tengah) bersama Elka dan Celarin (kanan) Tati Evanatie Sannie...

Atitih Yatie Robert of Tamparuli is State Level Kaamatan Unduk Ngadau

Atitih (centre) with Elka (left), Celarin. PENAMPANG : - Atitih...

The Importance of Upholding Malaysia Agreement 1963 in State-Federal Relations

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Sabah Assemblyman The Malaysia Agreement...

Anuwar: Solar streetlights for all Sabah villages

Anwar speaking to Pairin (right) while Hajiji (left) looks...

Pak Mus’ good pisang goreng comes from making it with love

By C C PungJustice of Peace Had ikan bakar, soto...

Corruption not tackled through perception, slander or insults – Anwar

Anwar arriving at Hongkod Koisaan to officiate the Sabah...

Stella Marris Kindergarten Kaamatan Celebrations

Sr Lucy (middle) with TSM teachers and pupils who...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img